‘Percutian Indah Bertukar Tr4gik’ Ini Kronologi Penuh Kes Kehil4ngan Nora Anne Quoirin




13 Ogos merupakan tanggal yang akan diingat seluruh rakyat Malaysia khususnya keluarga remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15 yang hil4ng sejak 4 Ogos lalu sebelum maayatnya ditemui kira-kira 1.57 petang semalam.

Polis mengesahkan maayat tersebut merupakan Nora Anne Quoirin selepas penge caman dilakukan ahli keluarganya di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban malam tadi.

Ramai yang terkejut dan tertanya-tanya mengenai mist3ri kehil angan remaja perempuan tersebut yang mengundang pelbagai spekulasi.

Namun akhirnya Nora ditemui selepas 10 hari dilaporkan hil ang dari tempat penginapannya di Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan.

Berikut kronologi kehil4ngan Nora Anne Quoirin (sumber Bernama)

3 Ogos 2019 

  • Nora Anne Quoirin, 15, remaja Ireland tiba di Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya untuk bercuti.

4 Ogos 2019 

  • Remaja perempuan yang mempunyai mas4lah pembelajaran itu disedari hil4ng oleh ahli keluarganya apabila tiada di bilik penginapannya pukul 8 pagi.
  • Polis lakukan misi pencarian membabitkan bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan selepas mendapat laporan kehil4ngan Nora.

5 Ogos 2019 

  • Pihak berkuasa termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal ketat kawasan Resort The Dusun Pantai Hill, lokasi Nora Anne dilapor hil4ng.
  • Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam SAR Nora Anne.Operasi SAR melalui udara dibuat di kawasan Gunung Berembun serta meliputi pesisiran Sungai Berembun.
  • Platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras turut dikerah dalam operasi SAR remaja perempuan itu.

6 Ogos 2019 

  • Operasi SAR masuk hari ketiga, diteruskan dengan kekuatan 159 anggota dari pelbagai agensi kesel4matan.

7 Ogos 2019 

  • Operasi SAR masuk hari keempat, diteruskan dengan kekuatan 206 anggota dari pelbagai agensi keselam4tan. Polis merakam 20 keterangan saksi termasuk ahli keluarga bagi membantu siasatan kes kehil4ngan Nora Anne.

8 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari kelima, diteruskan dengan kekuatan 247 anggota dari pelbagai agensi kesela matan. Operasi SAR mengesan Nora Anne diketuai Unit Senoi Praaq Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Khidmat helikopter Pasukan Gerakan Am PDRM digunakan dengan tambahan teknologi yang lebih canggih bagi mengesan Nora Anne. Rakaman suara ibu Nora Anne memanggil remaja itu dengan panggilan manja turut dimainkan melalui pembesar suara sepanjang SAR.

9 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari keenam, diperkuatkan dengan kehadiran pasukan elit PDRM iaitu Komando VAT 69 dengan kekuatan dua pegawai dan 21 anggota. Sembilan dron diguna dalam operasi SAR kesan Nora Anne.
  • Penduduk di sekitar pekan Pantai, Negeri Sembilan mengadakan solat hajat di Masjid Kariah Pantai selepas menunaikan solat Jumaat bagi memohon dipermudahkan operasi SAR kesan Nora Anne.

10 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari ketujuh, skala pencarian Nora Anne dikecilkan dari 6 kilometer (km) radius kepada 4 km radius dari lokasi kejadian.
  • Masyarakat Orang Asli membantu mencari Nora Anne menggunakan kaedah tradisional berdasarkan kepercayaan mereka.

11 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari kelapan, kali ini mendapat bantuan daripada kumpulan pendaki sukarelawan.

12 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari kesembilan, diteruskan dengan kekuatan 348 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.
  • Keluarga Nora Anne tawar ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang dapat salur maklumat bantu kesan Nora Anne.
  • Pasukan polis Ireland, England, Perancis berada di negara itu membantu PDRM menyiasat kes kehil4ngan Nora Anne.
  • Sekumpulan lima pengamal perubatan Islam daripada Rawatan Tradisional Sulafusoleh menawarkan diri membantu operasi SAR kesan Nora Anne Quoirin.
  • Pengamal media dipelawa untuk menyertai operasi SAR kesan Nora Anne buat pertama kalinya.


Sumber
: Harian Metro

13 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari kesepuluh, polis menemui maayat dipercayai seorang wanita berkulit putih yang ditemui pada 1.57 tengah hari, kira-kira 2.5 kilometer dari resort The Dusun, Pantai.
  • (8.55 malam): Polis sahkan maayat yang ditemui adalah Nora Anne selepas ahli keluarga remaja itu membuat pengec4man di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Sumber: Lobak Merah

Kredit : Vanilla Daily

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*