Ibu Kepada Gadis Yang Ditahan Di Lokap Thailand Dedahkan Kenapa Mereka Perlu Duit Sebanyak Rm70ribu Dan Bukan Untuk Ikat Jamin Sahaja Sebenarnya




“SETAKAT ini, saya masih belum mengetahui keadaan mereka, dan kali terakhir saya dihubungi pada pagi tadi oleh kenalan anak,” kata Nik Rosnani Nik Li, 50.

Nik Rosnani adalah ibu kepada Melinda Susilanini Mohd Azalan, 31, dan Akma Mohd Azalan, 23, yang terbabit dalam kmalangn menyebabkan lima kematian di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum dekat Songkhla, petang semalam.

Seorang lagi wanita yang terbabit adalah kenalan anaknya, namun begitu, identitinya masih belum diperoleh.

BUKAN 60 RIBU TETAPI 70 RIBU SEKURANG KURANGNYA

Nik Rosnani berkata, dia hanya dihubungi oleh rakan kepada anaknya itu pada 11 pagi memberitahu mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM70,000 bagi kos pengebumian mngsa yang terbabit.

“Saya diberitahu wang berkenaan adalah bagi membantu keluarga mngsa yang terbabit dalam kmalangn itu.

“Ia merangkumi kos pengebumian mereka, itu yang saya diberitahu setakat ini, manakala maklumat lanjut berkaitan keadaan anak masih belum diperoleh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di Alor Setar, hari ini.

Ditanya mengenai proses perundangan yang dihadapi anaknya, Nik Rosnani berkata, dia masih belum menerima maklumat lengkap berhubung perkara itu.

“Namun, ia kemungkinan membabitkan lantikan peguam di sana bagi pengurusan kes,” katanya yang bercadang ke Songkhla dalam tempoh terdekat.

Semalam, lima pemotong rumput ma ut manakala seorang lagi parah apabila dirempuh sebuah kereta dipandu rakyat Malaysia dalam kejadian 3 petang.

Siasatan mendapati pemandu terbabit terlanggar sesuatu sebelum hilang kawalan lalu merempuh semua mngsa.

Mereka dilaporkan dalam perjalanan dari Krabi menuju ke Hat Yai menaiki Perodua Myvi.

Empat mngsa ma ut di lokasi kejadian manakala seorang lagi disahkan ma ut ketika menerima rawatan di Hospital Rattaphum.

Sumber : HMETRO ONLINE

Adik maangsa tampil dan buat kenyataan di Facebook beliau memohon bantuan kerana untuk kakaknya di ikat jamin, mereka perlukan duit yang banyak.

DANA UNTUK ALONG

Saya adik kepada Melinda Susilanini , seorang warganegara Malaysia yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur tapi sekarang ditahan di lokap di Songhla. Beberapa hari yang lepas sempena cuti panjang aidil adha saya, along dan seorang lagi saudara perempuan ambil cuti untuk balik ke kampung di Kelantan dan seterusnya ke selatan Thailand. Kami juga ada saudara disana (selatan Thailand).

Pada 13.08.2019 jam lebih kurang 3.00 petang ketika dalam perjalanan balik, kami terlibat dengan kmalangn. Mengikut laporan daripada pihak polis Thailand (saya ringkaskan cerita).

STERENG KERETA MYVI LOCK SELEPAS TERLANGGAR SESUATU

Semasa dalam perjalanan, kelajuan biasa (sebab kenderaan banyak ketika itu) kakak terlanggar sesuatu ditengah jalan dan menyebabkan kereta kami hilang kawalan. Kakak bgtau stering kereta tiba-tiba lock dan tak dpt dikawal dan lepas itu kereta kami merempuh pekerja mesin rumput yang sedang berehat di tepi jalan.

Kereta kami seterusnya terperosok kedalam longkang lepas hilang kawalan dan mengalami kerosakan agak teruk disebabkan rempuhan tadi. Bagaimanapun kami bertiga selamat dan mengalami kecederaan ringan sahaja. Malangnya pekerja yang dilanggar ada yang meniinggaI dunia dan ada yang cedera parah.

JUMLAH WANG IKAT JAMIN YANG BANYAK DIPERLUKAN

Pihak polis dah jalankan siasatan dan kmalangn ini juga dah dilaporkan di media rasmi Thailand. Sekarang ini kakak saya ditahan dan berada dalam lokap sementara tunggu ikat jamin dan diminta untuk bayar jaminan sebanyak 400,000 baht (RM60,000 ) . Kami cuba dapatkan bantuan konsulat Malaysia dan bantuan dari TAC (Tourist Assistance Centre) untuk cuba kurangkan kos tuntutan jaminan.

Buat masa ini along masih bersama dengan kami dan masih trauma dengan kejadian. Along tak boleh balik ke Malaysia sebab pihak polis Thailand pegang passport dan ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan termasuk urusan dengan keluarga mngsa yang meniinggaI dunia.

MOHON BANTUAN

Kami tak sangka kejadian ini boleh berlaku dan tak pernah sekali-kali ingin ia berlaku. Tambah pula sampai melibatkan kehilangan nyawa. Malangnya ia dah pun berlaku, sekarang kami perlu selesaikan dengan sebaiknya.

Dalam keadaan ini, kalau boleh kami nak selesaikan kes ini secepat mungkin. Oleh itu saya dengan rendah diri memohon bantuan sumbangan dari rakan2 yang mengenali, saudara mara dan setiap hamba Allah yang ingin membantu. Semoga Allah mudahkan urusan semua yang memudahkan urusan along.

Untuk sumbangan boleh terus bank in ke akaun umi saya.

Contact person:

013-2667788 (PUAN ROSNANI) . 011-36023298 (CIK ANIZA)

MAYBANK – 164164865699 – NIK ROSNANI BINTI NIK LI

Jutaan ribuan terima kasih saya dan keluarga ucapkan kepada anda semua yang sudi bantu kami. Moga Allah dapat membalas segala kebaikan kalian .

Video Liputan ketika kejadian

Video Accident Myvi Di Thailand yang mengorbankan pekerja potong rumput.. Tak Faham Apa yg diceritakan.. rasanya dia salah sorg pekerja potong rumput. Dari Video mcm 3 perempuan.. mungkin pergi bercuti.. #Media8

Posted by Media Lapan on Tuesday, August 13, 2019

Semoga dipermudahkan urusan mereka ..

Kredit : Awatttsyeikhh




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*