Gambar Aksi “Forever Love” Ahya bersama Isteri Di IG Buat Warganet Tak Senang Duduk Atas Perbuatan Tersebut




Bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan. Ia adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki. Justeru, menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata-kata adalah perkara biasa.

Walaubagaimanapun, Islam amat memberi perhatian terhadap isu kehormatan dan maruah suami dan isteri.Pasangan suami-isteri yang ingin menggambarkan kasih sayang masing-masing ditegah berkongsi keintiman mereka dengan khalayak kerana perbuatan itu dilarang oleh ajaran Islam

Gemar mempamerkan kasih sayang kepada isteri, Shahirah, terbaru anak lelaki kepada Normah Damanhuri ini sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik foto ketika sedang berciuman dengan isteri.

Dengan kapsyen “forever love”, Ahya dilihat mempertikai reaksi netizen di ruangan komen apabila ada yang tersinggung dengan perbuatannya.

Jelas mereka, meski sudah sah berkahwin, namun tidak manis menunjukkan aksi intim sedemikian di khalayak umum.

Dalam Islam ada adab, setiap langkah, kata-kata dan perbuatan ada tempat yang sesuai. Walaupun seseorang itu suami-isteri tapi setiap perbuatan mereka perlu ada batasan jika mahu menunjukkan kasih sayang.

Rasa malu menurut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah: “Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya dari kelalaian dalam memenuhi hak para pemiliknya.”

Dalam hal lain, beliau juga menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak ramai. (Lihat Minhaj al-Talibin, m. 345)

Justeru, perbuatan suami isteri bercumbu hendaklah dielakkan di khalayak umum dan juga di media sosial kerana ia bukannya akhlak Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini. Semoga kita semua berusaha menzahirkan akhlak dan adab yang mulia dalam kehidupan kita.

”Sesungguhnya sifat malu tidaklah mendatangkan apa-apa kecuali hanya kebaikan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6117)

Foto : Instagram Ahya Rosli

Kredit: Warung Kekayu

Baru je kenal, tak sangka kami dah kahwin! – Ahya Rosli kini suami Shahirah Philips

Jodoh itu rahsia Allah. Mungkin itulah perumpamaan sesuai menggambarkan hubungan yang terjalin antara supermodel Ahya Rosli, 32 dan pasangannya, Shahirah Philips, 27, sementelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Jumaat lalu.

Aktor filem Harmonika itu ketika dihubungi memberitahu, dia sama sekali tidak menyangka hubungannya dengan Shahirah yang baru dikenali kira-kira enam bulan lalu akhirnya dimeterai hingga ke jenjang pelamin.

Tambah Ahya atau Ahya Ulumuddin Rosli, sebaik disahkan bergelar suami kepada Shahirah, lidahnya kelu seribu bahasa.

“KETIKA ITU YANG TERDETIK HANYALAH UNTUK MELAFAZKAN UCAPAN ALHAMDULILLAH SAHAJA. BARU JE KENAL, TAK SANGKA HARI INI KAMI DAH KAHWIN.

“Sedangkan sebelum ini, hubungan cinta yang terjalin bertahun-tahun lamanya berakhir begitu sahaja tanpa sebarang ikatan,” cerita Ahya yang juga anak kepada dramatis, Normah Damanhuri.

Biarpun kejelitaan isterinya persis seorang peragawati, namun Ahya menjelaskan bahawa Shahirah sebenarnya adalah ahli perniagaan.

Katanya, ketika mengenali Shahirah, isterinya tidak tahu bahawa dia adalah seorang peragawan atau model.

“Lepas kami berbual, barulah dia mengetahui latar belakang saya dan menerima seadanya,” ujar calon Pelakon Lelaki Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi filem Tanda Putera itu.

Sementara itu, Normah menerusi laman Instagram miliknya mendoakan agar anak lelaki tunggalnya itu memperoleh kebahagiaan di sisi Shahirah.

“PESAN MAMA, SAYANGILAH ISTERI SEBAIK-BAIKNYA. ANDAI DIA BAHAGIA, NESCAYA ANAK MAMA AKAN MERASAI HIDUP SEPERTI DI SYURGA ALLAH,” TULISNYA MENITIPKAN NASIHAT

Terdahulu pasangan yang melangsungkan upacara pernikahan di Bukit Kiara Equestrian itu telah mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*