“Hati Ibu Je Tahu Bila Nama Dipermainkan Seperti Ini…” Wan Maimunah Kecewa Dengan Perbuatan Sajat Dan Aliff




Pelakon veteran Wan Maimunah meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik tersohor Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat mempermainkan namanya dalam sebuah rakaman video di Instagram.

Kata Wan Maimunah, 62, dia mendapat kiriman video terbabit daripada seorang kenalannya dan sedih dianggap wataknya ke3ji.

“Ada yang hantar pada ibu. Rasa sedih nama ibu dipermainkan, menggunakan perkataan ke3ji. Wan Maimunah masih wujud.

“Hati ibu je tahu bila nama kita dipermainkan seperti ini. Doakan yang baik-baik insya-Allah semuanya baik-baik.

“Terima kasih yang memberi semangat dan mendoakan pada ibu yang baik-baik. Tak terbalas satu-persatu mesej dan komen,” kata Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2018 itu.

Terdahulu, menerusi akaun Instagram Nur Sajat, penyanyi itu memuat naik rakaman berdurasi seminit ketika ditanya Aliff Syukri siapakah pilihannya seandainya diberikan watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.

Jawab Sajat dalam video berkenaan; “Kenapa watak k3eji kau bagi. Muka cantik macam Miss Universe, Miss World bagi watak Hantu Kak Limah. Tak ada orang lain ke?”

Kenyataan Sajat itu disifatkan netizen sebagai mempersenda kredibiliti pelakon-pelakon legenda seperti Dalimawati dan Wan Maimunah sendiri.

“Jangan persenda Wan Maimunah. Dia bukan watak ke3ji,” tulis @wanie_one.

“Tak perlu pun persendakan ibu Wan Maimunah sebab dia antara legenda tanah air kita. Datuk marah orang eEjek Datuk tapi bila buat orang lain, macam tak fikir dulu,” tambah salah seorang pengguna.

“Kenapa sebut-sebut nama seniwati Wan Maimunah? Korang tak layaklah! Seniwati Wan Maimunah lebih hebat dari korang walaupun dia tak kaya,” tambah @rfeeda_ali.

Video itu terus mendapat keEcaman netizen dan meminta kedua-dua usahawan selebriti itu menjaga pertuturan agar tidak sewenang-wenangnya mengaibkan mana-mana pihak.

Malah, ada yang mendesak Wan Maimunah mengemukakan saman berhubung perkara terbabit.

Dalam posting Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2018 itu, dia mengharapkan agar pengikutnya dapat mendoakan yang terbaik buatnya kerana percaya ada hikmah disebaliknya.

P/s:  Semoga Sajat dan Dato Aliff lebih berhati-hati bila berkata-kata, kita mungkin tidak tahu kata kata kita mengguris hati dan perasaan orang lain. Peace




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*