Anak OKU, Suami Hidap Kanser Kronik, Wanita 60 Tahun Cari Duit Bawa Grab




BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah yang dapat digambarkan dengan nasib seorang warga emas yang terpaksa mencari rezeki sebagai pemandu Grab demi menyara suaminya yang menghidap kanser kronik dan anak kelainan upaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Perumpamaan orang dahulu kala memang kerap mengena dengan situasi yang dihadapi oleh manusia sepanjang zaman.

Bagi meneruskan kehidupan, sudah pasti sesiapa sahaja akan melakukan pekerjaan bagi memperolehi sumber pendapatan yang halal bagi menyara diri serta tanggungan.

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pesonaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya, dia telah mencoretkan kisah seorang pemandu Grab wanita di media sosialnya.

Coretan Labuan. Pemandu grab wanita usia 60an. Suami uzur kanser usus dan glaukoma. Anak sulung OKU ( mental )….

Posted by Fedtri Yahya on Friday, September 6, 2019

Walaupun sudah berusia dan boleh digelar sebagai warga emas, wanita itu masih cekal membawa Grab bagi menyara keluarga.

Tambah Fedtri lagi, wanita tersebut menjadi pemandu Grab kerana ingin meyara suaminya yang mengalami kanser usus dan gloukoma serta anak sulungnya yang menghidap penyakit mental.

Perkongsian itu telah menjadi viral dan sehingga kini menerima lebih 9,300 tanda suka dan 5,400 perkonsian dari netizen.

Dalam pada itu, seorang netizen yang mengenali pemandu Grab itu memberitahu, wanita yang dikenali sebagai Puan Misnah Chuminin itu merupakan seorang yang tabah dan penyabar serta sentiasa berusaha mencari rezeki tanpa meminta dengan orang lain.

Menerusi ruangan komen di Facebook Fedtri Yahya, seorang kenalan wanita itu telah mengucapkan terima kasih atas perhatian semua pihak. Dia juga memberitahu bahawa pemandu Grab itu bernama Puan Misnah dan sangat tabah mengharungi hidup.

Sementara itu, Ahmad Fedtri menyeru mereka yang menggunakan khidmat Puan Misnah agar menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban beliau menyara suami dan anak-anak.

Netizen yang kagum dengan ketabahan Puan Misnah turut mendoakan agar beliau dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Sehubungan dengan itu, posting yang di buat oleh pengacara Malaysia Hari Ini tersebut telah mendapat ribuan perkongsian daripada warganet. Rata-rata berasa kagum dengan semangat juang wanita itu bekerja walaupun sudah berumur.

Mereka juga mendoakan agar urusan Puan Misnah itu dipermudahkan dan diberi kesejahteraan dalam kehidupannya.

Sumber : Fedtri Yahya




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*