Comel Betul Gelagat Raja Permaisuri Agong Bila Selendang Tersangkut Dekat Baju Agong




Isnin diisytiharkan sebagai cuti umum bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Oleh itu pelbagai acara telah dijadualkan berlansung untuk menyambutnya didahului dengan penyampaian titah oleh baginda yang akan disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen mahupun radio di seluruh negara pada 8 Spetember lalu.

Manakala semalam, Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan telah diadakan di Istana Negara. Dimaklumkan bahawa seramai 42 individu telah menerima Darjah Kebesaran Persekutuan 2019 tersebut.

Tidak ketinggalan berkongsi mengenai momen bersejarah itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ada memuatnaik ciapan di laman twitternya mengenai salah satu kejadian lucu yang terjadi kepada baginda.

Jika sebelum ini tular mengenai detik yang terakam di kaca televisyen yang memaparkan gelagat romantik pasangan Diraja itu berpegang tangan.

Kali ini pula, seledang yang dipakai oleh Tunku Azizah dikatakan tersangkut pada bilah keris Agong. Namun apa yang mencuit hati adalah ketika membaca caption yang ditulis baginda,

“Selendang sy tersangkut dgn baju tuanku, tak perlu pegang tangan , selendang pulak swinging !”

Ciapan berkenaan tentunya mendapat respon dari netizen yang rata-rata terhibur dengan caption yang ditulis oleh Tunku Azizah.

Ya Allah, Terhibur dengan caption

Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan kami pemimpin yang soleh dan solehah

Sumber: Azizah Iskandar

Kredit: SIakap Keli




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*