Tidak Bersetuju Nak Berpisah, Ini Sebab Kenapa Sharnaaz Ahmad Tolak Tuntutan Lafaz CERAl Nabila




PELAKON Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor diperintahkan oleh M4hkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes percer4ian mereka.

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail memerintahkan Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 34, dan Noor Nabila, 34, berbuat demikian selepas bintang filem Juv4na itu tidak bersetuju dengan tuntutan cer4i kakak pengacara dan pelakon Neelofa itu.

Noor Nabila selaku plaintif memfailkan permohonan cer4i secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Dalam proses percer4ian, JKP membabitkan anggota keluarga yang rapat dengan pasangan itu, bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Terdahulu dalam prosiding itu, Sharnaaz yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditanya hakim adakah sudah melihat tuntutan yang diterimanya daripada Noor Nabila pada 29 Ogos lalu, menjawab ” Ya” namun tidak bersetuju dengan tuntutan cer4i berkenaan.

Selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Noor Nabila dalam tuntutan percerai4nnya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

Noor Nabila dalam tuntutannya juga memberitahu, langkah sudah diambil untuk mencapai perdamaian termasuk sudah berbincang namun tidak menemui jalan penyelesaian dan defendan berterusan dengan sikapnya.

Selain itu, terdapat perbincangan melalui keluarga namun tidak berjaya.

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila kemudian memohon supaya Sharnaaz selaku defendan mengemukakan alasan (tidak bersetuju) kerana mendakwa di dalam media sosialnya defendan menyatakan sebaliknya.

Bagaimanapun Ahmad Muttaqi berkata defendan tidak perlu berbuat demikian (beri alasan) kerana mahkamah sudah bertanyakan hal itu kepada Sharnaaz pada prosiding itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 September ini untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka.

Sharnaaz hadir ke mahkamah dengan memakai kot dan berseluar hitam serta bersongkok manakala Noor Nabila mengenakan jubah hitam dan berselendang hitam.

Kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Noor Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz selepas berkongsi foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instagram Story, baru-baru ini.

Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.

Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

#LIVE Perkembangan kes perceraian Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur #METROTV#BHTV#NSTTV

Posted by Berita Harian Online on Tuesday, September 10, 2019

Belum setuju untuk berpisah

Terbaharu, menurut Sharnaaz selepas keluar daripada Mahkamah, Sharnaaz telah memberi keterangan bahawa belum bersetuju untuk meIafazkan cerrai pada hari ini.

Tambahnya, dia hanya mahu mengikut prossiding mahkamah dengan beberapa proses bagi memberi ruang untuk kedua-dua pihak berbincang. Ramai setuju kerana ada baiknya mereka memberi ruang untuk berbincang.

Nabila pula kelihatan sedikit sebak semasa ditemuramah dan belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan kepada media. Dia hanya berkata ingin memberi fokus kepada anak mereka iaitu Jebat Jayden Ahmad dan mengikut prossiding mahkamah seterusnya

Sumber : Berita Harian /hmetro




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*