Isteri positif hamil 2 hari selepas Mejar Zahir Armaya pergi mengadap ilahi




Pemergian Mejar Zahir Armaya telah membuat satu malaysia turut terkejut dan sedih, t4ngisan Balu dan anak Mejar membuat rakyat malaysia juga turut men4ngis. Semalam kakak kepada isteri Mejar Zahir Armaya menyatakan yang adiknya itu hamil dan mengetahui 2 hari selepas pemergian Mejar Zahir Armaya. Sungguh sayu mendengar berita ini dan Mejar Zahir Armaya tidak sempat mendengar berita gembira ini.

Status facebook kakak balu Mejar Zahir Armaya, Sha Qalif

“Alhamdulillah.. selesai semua urusan untuk Balu isteri Mejar Zahir Armaya. untuk adik ku.. inat tabah lah atas ape yg telah terjadi.. redha Alhamdulillah juga 2 hari selepas Mejar Zahir Armaya pergi rupanya ade sinar baru balu positif hamil kalau Mejar Zahir Armaya ade mesti dia happy sangat sangat tapi

malangnya Mejar Zahir Armaya belum sempat tahu yg Mejar Zahir Armaya akn menerima cahaya mata lagi. Mejar Zahir Armaya tinggalkan penggantinya.. semoga inat kuat demi janin yg dikandung ye.. Untuk izzul ini ada lah kenangan untuk izzul ye.. nanti besar ingat ye syg daddy pergi sebagai wira..”

Sayunya apabila mendengar berita ini. Bertapa kuatnya hati seorang isteri yang baru kehilangan suaminya dan dalam masa yang sama menerima rezeki yang mengembirakan tetapi Mejar Zahir Armaya tidak sempat mengetahui tentang kandungan tersebut.

Sha turut berkongsi gambar gambar kenangan Mejar Zahir Armaya bersama isteri dan anak-anak ketika hayatnya. Di sini cinta Balu dan Mejar Zahir Armaya bersemadi. Izzul (anak bongsu) landing katil daddy buat kali terakhir. Disinilah Tempat Mejar Zahir Armaya ..Izzul dan kenangan Daddy

Buat kali terakhir berada di sini kata Balu Mejar Zahir Armaya .

Sha juga berkongsi gambar kediaman yang pernah diduduki Mejar Zahir Armaya .

Mengemas barang Mejar Zahir untuk dibawa pulang ke Ipoh. “ Mejar Zahir Armaya tinggalkan pengantinya ” – kakak Shafinar isteri Mejar Zahir. Di saat Allah menguji duka, Allah hadiahkan rezeki yang mengembirakan untuk balu Mejar Zahir . Semoga shafinar

terus tabah terus kuat demi janin dalam kandungannya, alhamdulillah semoga hadiah dari Allah ini dapat menjadi penganti kepada suaminya seperti yg di nyatakan kakaknya Sha Qalif. Sama sama kita doakan untuk mereka sekeluarga di beri kekuatan yang luar biasa.

Sumber : Fb Sha Qalif

Balu teruskan ‘legasi’ Mejar Mohd Zahir

Nour Shafinar bersama anaknya Muhammad Irfan Daniel (kiri), Nur Adriana dan Izzul Zakly berusia enam bulan. Badannya sudah tiada, namun semangat serta rancangan kehidupan yang disusun bersama sebelum ini masih mekar dan akan tetap diteruskan.

Itu tekad balu Pegawai Komando 11 Rejimen Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya yang kini sendirian mengemudi kehidupan sendirian bersama anaknya termasuk bayi, Izzul Zakly berusia enam bulan. Pasangan itu turut mempunyai empat lagi anak, Muhammad Irfan Daniel, 10, Muhammad Abel Zulkarnain, 9; Muhammad Remy Iskandar, 8; dan Nur Adriana, 6.

Nour Shafinar Harun, 31, berkata, tidak akan mengabaikan rancangan yang diatur dengan Mejar Mohd Zahir Armaya kerana itu juga cara untuknya meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anaknya. Dia yang sebelum ini berkhidmat di 12 Kompeni Khor Polis Tentera Diraja (KPTD), Kem Genting Klang, Kuala Lumpur, sepatutnya berpindah ke Ipoh, Perak pada November dan menguruskan perniagaan rekaan baju-T yang jadi legasi Mejar Mohd Zahir Armaya .

“Rancangan ini dimuktamadkan beberapa hari sebelum Mejar Mohd Zahir Armaya berlepas ke Sabah (pada 26 Ogos). Sebelum itu kami memang ada merancang untuk menetap sama ada di Melaka, Kuala Lumpur atau Perak. “Persediaan juga sudah dibuat terutama selepas saya berhenti kerja sejak Jun lalu untuk memberi tumpuan sebagai suri rumah dan perniagaan kami.

“Kemudian Mejar Mohd Zahir Armaya berkata sebelum dia pergi ke Sabah ‘umi muktamad, kita duduk Perak, kita balik Perak’ dan saya beritahu jika begitu, saya akan cari rumah dekat kawasan Batu Gajah. “Sebabnya jika dia dapat bertukar ke Perak, kemungkinan dia bertugas di kem di Batu Gajah, tetapi Mejar Mohd Zahir Armaya cakap jangan cari rumah di situ sebaliknya cari dekat dengan rumah mak saya (di Ipoh),” katanya yang ditemui di kediaman ibunya di Taman Perpaduan Ulu Kinta, Ipoh, hari ini.

Nour Shafinar berkata, Mejar Mohd Zahir Armaya juga mencadangkan supaya dia dan anaknya berpindah dahulu ke Ipoh dan Mejar Mohd Zahir Armaya menyusul kelak, menyebabkan saya bercadang berpindah pada November. “Namun kini hanya saya dan anak-anak sahaja berpindah ke sini (Ipoh) dan perpindahan ini lebih awal daripada apa dirancang.

“Saya akan usahakan perpindahan sekolah anak-anak saya pada awal tahun depan,” katanya yang memberitahu akan tetap meneruskan perniagaan diasaskan Mejar Mohd Zahir Armaya Mohd Zahir. Katanya, Mohd Zahir berkemahiran membuat rekaan baju T dan kerap memakai baju T yang direka sendiri kerana minat mendalam terhadap bidang itu.

“Saya akan teruskan cita-cita dia ini kerana dia memang minat perniagaan dan mereka baju T terutama pakaian ketenteraan,” katanya. Mejar Mohd Zahir yang juga anak kepada seniman terkenal AR Badul pergi mengadap ilahi selepas terkena ketika demonstrasi latihan di Kem Lok Kawi, Sabah pada Rabu lalu.

Sumber Metro via mallocmedianetwork




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*