Netizen Malaysia Membawang di Laman FIFA, Nama Inspektor Yo Asif Dari Balai Polis Cheras Pula Kena Petik




Selepas insiden Ultras Malaya diserang penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno minggu lepas, Facebook rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ‘diser4ng’ netizen.

Dalam ruangan komen FIFA yang dimuat naik 19 jam lalu, terdapat lebih 30,000 komen netizen dari Malaysia yang membuat aduan berhubung insiden pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 itu.

Malah terdapat juga saranan dengan tanda pagar #bannedIndonesia supaya FIFA menggantung Indonesia dalam setiap perlawanan bola sepak.

“Ke hadapan Presiden, Gianni Infantino. Sila ambil tindakan tegas dan membatalkan penyertaan Indonesia dalam sebarang kejohanan bola sepak.

”Penyokong Indonesia membaling batu kepada penyokong Malaysia dan kejadian ini tidak boleh diterima serta menjejaskan keselamatan penyokong Malaysia di stadium. Perhatian dan kerjasama segera daripada anda amat dihargai,” demikian komen yang ditinggalkan netizen di ruangan komen berkenaan sejak semalam.

Tidak kurang juga ada netizen yang sempat memberi komen mencuit hati untuk sekadar bergurau di ruangan komen ‘page’ Facebook FIFA tersebut.

”Dear Sir, please take your actions, i hope inspektor Yo Asif bring this case..Do you know inspektor Yo? He from balai polis Cheras..ok bai”, komen Raizu.

‘Inpektor Yo’ dan Asif sebenarnya merujuk kepada watak pelakon drama spontan Syahmi Syazli yang popular di Youtube

Mengimbas kembali perlawanan malam itu, penyokong Malaysia tidak setakat dibaling batu, aksi pada babak kedua turut dicemari insiden penyokong tuan rumah cuba menceroboh ke kawasan penonton Malaysia dan bertindak membaling suar.

Dua penyokong Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut dan salah seorang terpaksa diusung keluar dari stadium.

Perlawanan juga terpaksa dihentikan hampir 10 minit susulan kekecohan tersebut.

Sejurus tamat perlawanan, pemain Malaysia terpaksa dibawa menaiki kereta perisai (barracuda) Indonesia untuk pulang ke hotel penginapan bagi mengelak gangguan penyokong tuan rumah.

Kumpulan penyokong Malaysia juga lewat meninggalkan stadium dan dibawa keluar menggunakan bas khas yang disediakan.

Dalam aksi Kumpulan G itu, Malaysia menumpaskan Indonesia, 3-2.

Terdahulu penjaga gol pasukan Indonesia, Andritany Ardhiyasa menyuara kekesalan atas tindakan penyokong mereka yang mendekati penyokong Malaysia ketika pertandingan di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini semalam.

Menurut CNN Indonesia, penyokong Indonesia dilihat memanjat pagar stadium dan memprovok penyokong Malaysia sehingga menyebabkan permainan terpaksa dihentikan kira-kira 10 minit ketika kedua-dua pasukan mendapat mata seri 2-2.

“ Jujur hati saya lebih sakit melihat kejadian di stadium. Tindakan ini ibarat menconteng arang pada Indonesia,” kata Andritany selepas perlawanan.

“ Kita patut boleh menerima apa sahaja hasilnya. Kita semua di sini ingin menang walaupun hasil semalam tidak bagus, tapi kita harus boleh menerima.

“ Jujur sebagai kapten, saya sangat sedih melihat apa yang dilakukan penyokong,” katanya lagi.

Sumber : Citer Santai




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*