Ini Permintaan Terakhir Anak AR Badul Pada Ibunya “Dia kata nak balik kampung malam ni”




IBU kepada Mejar Mohd Zahir Armaya, Rusunjan Mohammad memberitahu dia berada di pasar apabila menerima panggilan memaklumkan kem4tian anaknya semasa melakukan dem0nstrasi di Kem Lok Kawi di Kota Kinabalu, Sabah.

Wanita berusia 57 tahun yang berasal dari Tuaran itu sebenarnya sedang membeli pelbagai barang masakan untuk makan malam memandangkan Zahir akan ‘balik kampung’ selepas tujuh tahun tidak menjejak kaki ke Kampung Indai yang juga kampung kediaman ibunya.

“Dia hubungi saya kira-kira pukul 7 pagi beritahu dia mahu pulang ke Tuaran untuk makan malam (Rabu). Dia minta ikan sembilang,” kata Rusunjan ketika ditemui pemberita di Jabatan F0rensik H0spital Queen Elizabeth.

“Saya berada di pasar apabila seseorang dari pejabat mereka hubungi saya memaklumkan berita sedih itu.

Gambar kenangan Mejar Mohd Zahir (kanan) bersama temannya.

“Sebagai ibu saya reda dengan apa yang berlaku. Saya harap dia boleh dikebuumikan di sini tetapi isterinya mahu dia dibawa pulang ke Perak,” kata Rusunjan yang kali terakhir bertemu Zahir di Kuala Lumpur bulan lalu.

Sementara itu, bapa saudaranya, Mirdat Mohammad yang juga adik bongsu Rusunjan berkata, keluarganya berharap agar pihak berkuasa akan menjalankan si4satan secara terperinci bagi mengetahui punca sebenar insiiden tersebut.

“Walaupun kami reda dengan pemergiannya, kami harap siasatan terperinci akan dilakukan dan jika ada kesilapan kami harap ia tidak akan berulang di kemudian hari.

“Kami tidak menyalahkan sesiapa, terdapat banyak andaian dan kami harap p0lis dan pihak tentera menyi4sat punca sebenar insiiden itu,” katanya yang meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan isu berkenaan.

Sementara itu, jen4z4h Zahir akan dibawa ke Masjid As Salam di Lok Kawi selepas bed4h si4sat dilakukan.

Selepas itu, jen4z4hnya akan diterbangkan ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.25 malam Rabu dan dikebuumikan di Tambun, Perak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : Mstar




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*