“Saya baru sahaja menonton ‘drama’ terbaik. Cuba teka siapakah aktor tersebut?? – Neelofa Peerli Sharnaaz Ahmad?




Pelakon dan pengacara MeleTOP, Neelofa mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen apabila memuat naik beberapa kemas kini di laman Twitternya sebentar tadi.

Netizen beranggapan tiga status yang ditulis oleh Neelofa dengan menggunakan ayat ‘aktor’ seakan-akan memerli dan ditujukan kepada pelakon Sharnaaz Ahmad yang menolak permohonan cer4i kakaknya, Noor Nabila di Mahk4mah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Berikut merupakan kemas kini tweet Neelofa:

“Saya jarang berkongsi mengenai perasaan saya, apa yang saya rasakan… Mmm tapi nampaknya ini dah semakin melampau!”

“Saya baru sahaja menonton ‘drama’ terbaik. Cuba teka siapakah aktor tersebut? You kiilled it!”

“Sekarang… Pemenang bagi anugerah aktor terbaik jatuh kepada…”

Selain itu, menerusi satu lagi tweet yang ditulis Neelofa, dia berharap agar segala urusan yang melibatkan keluarganya dipermudahkan oleh Tuhan.

Dalam pada itu, tweet yang ditulis Neelofa atau lebih mesra dengan panggilan Lofa ini juga turut menerima pelbagai reaksi netizen.

Terdahulu, air mata Noor Nabila Mohd Noor guugur ketika memberikan kenyataan di Mahk4mah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebentar tadi apabila kes tuntutan percer4ian ditolak suaminya, Sharnaaz Ahmad.

Berikutan penolakan itu, Hakim Syarie Tuan Ahmad Muttaqi Ismail memutuskan supaya kedua-duanya hadir semula ke mahkamah pada 30 September ini untuk perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Bagaimanapun Sharnaaz menjelaskan dia hanya mahu mencari pendamaian dan penyelesaian yang baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : MH




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*