Berita Baik Untuk Peminat Grunger! 20th Anniversary Transendence Bakal Jadi Konsert Butterfingers Paling Epik Sekali




Kumpulan Butterfingers membawa peminat mengimbau nostalgia kegemilangan muzik mereka menerusi Konsert Transcendence 20 Tahun di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 November ini.

Pemain gitar dan keyboard, Loque berkata, idea itu sudah lama tersimpan dan 2019 adalah masa terbaik untuk mereka menjayakannya.

Konsert itu juga menjadi penawar kekecewaan peminat selepas persembahan terakhir mereka pada Festival Rockway 2016 terhenti separuh jalan apabila disekat polis.

“Usaha ini sudah dirancang sejak awal tahun, cuma kami menanti masa terbaik menguar-uarkan kepada umum. Menerusi persembahan ini juga, kami mahu menebus semula hutang terhadap peminat dengan beraksi selama dua jam,” katanya.

Kenyataan Media

Selain Loque, Butterfingers turut dianggotai Emmett sebagai vokalis, Kadax (bass) dan Loko (dram).

Loque berkata, Butterfingers memilih Transcendence sebagai latar konsert kerana album itu membawa mereka menembusi pasaran komersial sejak penubuhan pada 1996.

“Album ini menjadi pencetus Butterfingers dikenali secara komersial. Sebelum itu, kami lebih banyak membuat persembahan ‘undergorund’ dan Transcendence membuka lembaran baharu buat Butterfingers.

“Muzik kami semakin diterima masyarakat, malah album itu mencatat pencapaian membanggakan apabila terjual melebihi 60,000 unit,” katanya.

Sementara itu, Emmett yang kini menetap di Kanada dan dihubungi menerusi panggilan video berkata, konsert itu istimewa kerana ia kembali menggabungkan mereka di atas satu pentas.

“Ia membawa peminat mengimbau nostalgia lalu menerusi persembahan yang masih mengekalkan identiti Butterfingers seperti yang dikenali ramai,” katanya yang akan kembali ke ibu negara, dua minggu sebelum konsert berlangsung.

Konsert Transcendence 20 Tahun Butterfingers anjuran bersama Unifi itu menyaksikan mereka mempersembahkan 20 lagu, termasuk The Chemistry (Between Us), Faculties Of The Minda dan Epitome.

Tiket konsert yang dianjurkan sempena Festival Selangor Youth Republic 2019 itu boleh diperoleh menerusi airasiaredtix.com pada harga RM115, RM165 dan RM265.

P/S: Update terkini. Tiket untuk Moksha dan Chemistry sudah sold out. Tinggal Epitome sahaja lagi. Kalau lambat, terlepas anda untuk menonton konsert hebat ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*