Begini Cara Bijak Untuk Anda Menyimpan Wang Demi Keluarga




Sebagai ibu dan ayah, kita sentiasa mahu berikan yang terbaik buat anak-anak. Ini termasuklah kestabilan dari aspek kewangan. Mari amalkan tip simpan duit berikut pada tahun ini dan lihat bagaimana ia membina profil kewangan yang lebih baik untuk keluarga anda.

Jika anda sudah pun mempunyai gol tahun ini untuk membina simpanan yang lebih baik untuk keluarga dan anak-anak, mungkin tip ini dapat membantu anda mencapainya.

Jangan berbelanja terlalu banyak di pasaraya.

Anda perasan tak, kadangkala, walaupun sudah buat senarai barangan dapur yang mahu dibeli, anda masih lagi mengambil barangan yang tiada dalam senarai tidak diperlukan. Bagaimana kita boleh menyimpan duit jika kita sering terlajak berbelanja. Anda perlu tahu bagaimana caranya untuk menahan diri dari berbelanja lebih di pasaraya.

Jangan berbelanja ketika lapar

Bunyi seperti pelik, tapi itu faktanya. Anda lebih mudah membeli ketika lapar, menyangka anda memerlukannya. Selain itu, tunggu sehingga anda mempunyai 10 barangan dalam senarai, kemudian barulah pergi ke pasaraya. Anda juga dapat menjimat kos pengangkutan, minyak, tol, dan kos parking.

Cuba memasak di rumah berbanding makan di luar

Ya, ini adalah antara tip simpan duit yang kita selalu dengar, tapi berapa ramai yang telah mengamalkannya. Susun jadual harian kita dan tetapkan masa untuk memasak di rumah. Pada zaman yang serba mencabar dari segi ekonomi, makan di luar memakan kos yang tinggi.

Setiap wang yang anda jimatkan ketika memasak di rumah, simpannya dalam akaun simpanan. Anda pasti terkejut melihat berapa banyak simpanan anda di akhir tahun.

Tahan diri dari guna kad kredit

Tip simpan duit ini amat penting diamalkan oleh mereka yang tidak berdisiplin dalam mengguna dan membuat pembayaran kad kredit.

Kad kredit memberikan manfaat kepada mereka yang tahu menggunakannya. Contohnya seperti potongan diskaun istimewa, rebat, atau pulangan semula. Namun, buat mereka yang tidak pandai menggunakannya, ia boleh menjadi jerat kewangan yang serius. Jadi, pada tahun ini, sorok kad kredit anda dalam peti ais biar ia membeku keras dan tak boleh dicabut. Jangan gunakannya melainkan anda benar-benar terdesak.

Buat bayaran secara tunai

ia lebih mudah untuk membuatkan anda berjimat kerana anda nampak tunai anda di depan mata. Buat simpanan kecil-kecilan setiap hari. Mungkin ada antara kita yang merasa menyimpan duit sebanyak RM300 atau RM400 sebulan itu terlalu tinggi.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*