Gadis Ini Sanggup Memandu Dari Kedah Ke Kuala Lumpur Sebulan Sekali Untuk Jumpa Buah Hati Tapi Akhirnya Kena Tinggal




“Kalau dah sayang, lautan api pun sanggup kita renangi”.

Kata-kata bidalan tersebut sememangnya sering menjadi lirik klise dalam lagu. Malahan, ia begitu sesuai menggambarkan kegigihan orang yang hangat bercinta tatkala mereka rela melakukan apa sahaja untuk buah hati masing-masing.

Atas dasar sayang, dahulu gadis ini sanggup mengharungi perjalanan jarak jauh untuk menemui buah hatinya. Namun begitu, segala pengorbanan tersebut seakan-akan tidak bermakna kerana jodohnya bersama lelaki itu berakhir begitu sahaja. Rentetan daripada kejadian menyedihkan itu,

Setiap dari kita mungkin mempunyai kisah masing-masing apabila bercakap tentang topik ini. Namun bagi seorang gadis dengan akaun @Nuriyliamalek di Twitternya, dia menyimpan pengalaman yang agak pahit dalam percintaannya sebelum ini. Berhentilah paksa atau kenalkan Ilyia dengan sesiapa.

Dia enggan lagi mengenali mana-mana lelaki dan memilih untuk fokus terhadap kerjayanya sebagai businesswoman sekarang. ”Teringat dulu drive kl-kedah at least sebulan sekali. Tapi still kena tinggal. Mungkin sebab tu tak rasa nak kenal sesiapa sekali. Tapi still kena tinggal. Mungkin sebab tu rasa tak nak kenal sesiapa untuk masa sekarang.

Iylia kalau dah sayang, johor perlis pun aku sanggup drive. Leuls. Sorry kalau rasa annoying, tapi Iylia cuma rasa ‘noobnya aku dulu’ ha gituu. So stop lah paksa Iylia or kenalkan Iylia dengan sesiapa. Iylia dah penat dan nak focus bisnes je sekarang.” luahnya. Bukan itu sahaja, gadis ini juga mengakui kesedihan yang dialami apabila ditinggal oleh insan tercinta memang bukan kepalang.

Tidak ketinggalan, ibu gadis ini juga berdoa kepada Allah agar anaknya dapat membuka hati semula untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya kelak. Namun bagi Iylia, dia seolah-olah serik dan masih enggan memikirkan perkara tersebut. ”Just imagine betapa ‘broken’nya seorang IyliaMalek dulu.

Haha. Yang paksa Iylia kenal orang dan cakap Iylia memilih tu boleh diam, sebab korang tak berada dekat tempat Iylia.

Masa dekat Mekah, nangis bila dengar ibu doa supaya Iylia buka hati untuk kenal lelaki. Iylia akan usaha untuk bagi ibu apa yang ibu nak, tapi bukan menantu lagi buat masa sekarang.

Iylia tak ready nak kenal orang. Sekian tweet sebelum tidur untuk malam ini.” Semoga gadis ini diberi kekuatan dan dipertemukan jodoh yang baik pada masa akan datang. Aamiin. Apa kata anda? Dah baca, jangan lupa komen, like dan share. Terima kasih.

Sumber : Twitter Nuriyliamalek via Malloc Media




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*