Lelaki Bukan Islam Ini Datang Ke Masjid Susun Selipar Pada Setiap Solat Jumaat Jumaat, Lelaki Ini Tanya Kenapa Dia Buat Begitu. Jawapan Yang Diberi Memang Sangat Ringkas Dan Mendalam




Sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT, apa yang akan terjadi kepada setiap umat di bumi ini kita tidak tahu. Apakah pengakhiran seseorang, ada yang dilahirkan sebagai bukan islam tetapi bila pergi nanti akan pergi sebagai seorang muslim dan ia juga boleh berlaku sebaliknya.

Kisah yang akan diceritakan bagaimana seorang bukan islam tergerak hati untuk buat kebaikkan di rumah Allah SWT. Jom Baca ..

Lelaki Bukan Muslim Ini Pergi Masjid Setiap Hari Jumaat Susun Selipar

Tindakan seorang lelaki bukan muslim yang dikenali sebagai ‘Uncle Steven’ menyusun selipar dan kasut di luar masjid, tular di laman sosial Facebook (FB).

Gelagat ‘Uncle Steven’ disedari seorang jemaah masjid dikenali sebagai Irfan Mustapha yang kemudiannya bertindak mendekati lelaki tersebut.

Menurut Irfan dia terpanggil untuk mendekati ‘Uncle Steven’ kerana setiap minggu pada hari Jumaat, lelaki berbangsa Tionghua itu pasti datang ke masjid dan menyusun kasut serta selipar Jemaah masjid yang bersepah.

JAWAPAN KENAPA DIA SUSUN SELIPAR

“Saya tanya kepada dia (‘Uncle Steven’), kenapa dia selalu ke sini menyusun selipar. Dia tidak berkasut tetapi tetap gigih datang walaupun dalam cuaca yang tidak berapa elok.

“Jawapan dia, simple…Katanya nampak kemas!,” tulis Irfan menerusi sebuah perkongsian di Fbnya baru-baru ini.

Kata Irfan, ‘Uncle Steven’ memberitahu akan cuba datang setiap minggu kerana tempat tinggalnya sangat dekat dengan masjid tersebut.

“Dia akan menyusun semua kasut dan selipar yang berterabur itu dengan kemas. Setiap kali waktu sembahyang Jumaat, dia akan datang ke sini.

“Saya terpegun melihat ‘Uncle Steven’, tambah-tambah lagi dia bukan seorang muslim. Dia buat saya tersedar yang kepercayaan dan peganngan berbeza bukanlah halangan untuk kita menghargai sesama kita.

“Walaupun apa yang dilakukan ‘Uncle Steven’ nampak ‘kecil’ tetapi ada sesuatu yang kita boleh jadikan pengajaran dan penghargaan,” tulisnya.

Sumber : GEMPAK DOT COM




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*