Tak Dapat RM5, Lelaki Mengaku ‘Pegawai DBKL’ Sebenarnya Bukan Kakitangan DBKL

Viral di media sosial, video yang menunjukkan seorang lelaki memarahi peniaga warga asing dipercayai kerana peniaga itu tidak menyerahkan wang sebanyak RM5 kepadanya.

Lelaki yang memakai baju berwarna merah itu mengaku dirinya sebagai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Namun, tindakannya yang kurang ajar itu mengundang kemarahan orang awam di sekeliling.

Disebabkan peniaga itu enggan memberikan wang, lelaki terbabir terus berlaku kasar terhadap peniaga itu sehingga berlakunya ptelingkah4n antara mereka.

Berdasarkan satu perkongsian di Facebook, lelaki berkenaan kerap memeras ugut para peniaga yang berniaga di kaki lima tersebut.

Cerita sebenar, punca RM5. Kalau betul pun awak tu Penguat Kuasa DBKL, perlu ke dia diperlakukan seperti itu? Ye mungkin dia salah tetapi tak boleh ke cakap baik-baik? Pakcik itu pun aku kenal, bukan jenis banyak cakap.

Yang konon mengaku diri itu penguat kuasa DBKL, kalau betul tunjukkanlah kad kuasa DBKL ke apa ke, uniform ke. Dia ada kawan DBKL tu je.

Dia tak dapat pau pakcik tu RM5. Kalau nak niaga situ bagi RM5. Tapi pakcik tu tak nak bagi. Tu yang dia buka silat tadi tu. Dia duk call orang, sampai tiga orang dia call. Entah siapa dia call. Cakap “Bang, bawa lori”. Tiga kali dia call, pastu tunjuk kat pakcik bangla yang menyaksikan kejadian. Dia cakap, “You tengok saya call siapa? Penguat kuasa”, orang itu pun anggukan saja.

Call pun pakai call WhatsApp. Haha. Ramai orang komplen yang dia ni suka pau orang. Hari-hari datang kacau. Memanglah pakcik itu salah tetapi kalau betul kau penguat kuasa, tangkap sajalah dia. Dia pun tak tunjuk apa-apa kad. Orang-orang Kota Raya kenal dia ni, asyik cakap “Kau tahu aku siapa?”. Then pakcik itu jawab, “Siapa?”.

Menurut wanita itu, lelaki yang mengatakan diri sebagai penguatkuasa DBKL sememangnya sering kali meminta wang para peniaga yang berjualan di kawasan itu.

Namun, status  lelaki tersebut sebagai pegawai DBKL sangat meragukan kerana tiada bukti yang kukuh atau dokumen diri yang menunjukkan dirinya sebagai penguatkuasa.

Lebih biadap lagi, lelaki terbabit telah menendang dan melvdah kotak peniaga tersebut yang dipercayai warganegara asing berumur dalam lingkungan 50-an.

“Apa? Aku penguat kuasa. Kau tunggu kejap. Aku panggil lori.”

Pastu dia siap tendang box pakcik ni, siap ludah. Boleh dengar dengan jelas dia cakap dia penguat kuasa. Kalau betul, wajar ke?

Kepada yang tanya kenapa tak tolong dan cuma merakam, ini jawapannya:

1. Kita dah tolong sebelum rakam video ini lagi, dah leraikan tetapi dia masih melawan lagi sebab tu terfikir nak rakam video. Biar orang tahu. Ada yang tarik diorang ni daripada bergaduh. Tetapi ditolak sampai ada yang kena pukul.

2. Sebab dia mengaku dia penguat kuasa DBKL. So depan ni jadi takutlah nak masuk campur. Takut kena sapu, kan orang tu kata nak bawa lori.

3. Saya pun baru tahu selepas diorang ni bergaduh yang pakcik baju merah tu suka mengacau orang.

4. Kalau kita dah tahu siapa dia ni, silap-silap dia jadi sardin kena tibai. Sekian.

Bagi wanita itu, dia berpendapat sekalipun peniaga itu bersalah, dia tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu rupa oleh lelaki yang mendakwa diri sebagai pegawai DBKL.

Kredit: Tia Fatehah

Lelaki Mengasari Peniaga, Bukan Pegawai DBKL

Seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai penguat kuasa undang-undang dan melakukan kekasaran terhadap seorang lelaki lain dipercayai peniaga yang tular di media sosial bukan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jurucakap DBKL mengesahkan perkara itu.

Melalui portal Sinar Harian, pihaknya telah melakukan semakan dan siasatan sebaik tersebarnya penularan rakaman berdurasi 56 saat itu.

Biasanya penguatkuasaan akan dilakukan secara berkumpulan. Jika anggota tidak memakai baju penguat kuasa, biasanya akan bersama mereka yang memakai uniform ketika bertugas.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Tia Fatehah, mendedahkan punca pergaduhan itu bermula apabila lelaki ‘DBKL’ meminta wang sebanyak RM5 daripada peniaga yang menjual di kaki lima.

Ekoran keengganan peniaga memberikan wang, lelaki itu terus bertindak kasar terhadap peniaga dan memukul, menampar, herdik dan memarahi peniaga tersebut.

Kedengaran suara lelaki ‘DBKL’ itu memberitahu, “Saya ada kad kuasa tahu tak, kau tahu aku siapa. Aku penguatkuasa. Kau tunggu jap. Aku panggil lori”.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

SUMBER : Sinar Harian

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Kualalumpur Viral

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakKualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*