Akhirnya Dia Tampil Selepas Tular Kereta Dia Langgar Penghantar Food Panda. Ini Alasan Yang Diberi Oleh Pemandu Honda Tersebut




PEMANDU lelaki berusia 59 tahun memberi alasan bimbang dipukuvl ketika melarikan diri selepas rakaman video kemalangaan langgaar lari membabitkan penghantar makanan tular di media sosial, semalam.

Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, lelaki dikenali sebagai Kelsi Sikh didapati memandu laju dan tidak sempat mengelak mangsa yang berada di lorong kanan ketika di Persiaran Anggerik Vanila, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek yang memandu Honda Civic bertindak melarikan diri selepas melihat mangsa terbaring di jalan raya.

“Hasil siasatan mendapati, suspek memandu laju dan terlanggaar belakang motosikal ditunggangi mangsa.

“Suspek turut mengakui tidak menghentikan kenderaannya kerana bimbang dipukuvl orang ramai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Suspek hadir ke balai polis untuk membuat laporan polis sebaik mengetahui kejadian itu tular di media sosial.

Katanya, kesan kemalangan itu, mangsaa berusia 24 tahun yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah mengalami luka pada siku, jari dan kaki.

“Mangsa mengalami luka di beberapa bahagian badan selain pinggangnya turut terseliuh akibat terjatuh daripada motosikalnya.

“Mangsa mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sejurus kemalangan dan sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas keadaannya stabil,” katanya.

Katanya, mangsaa akan hadir ke balai polis untuk membuat laporan polis, esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, rakaman video daripada kereta pengguna jalan raya tular di laman sosial Facebook dan mendapat kecamann netizen berikutan tindakan suspek tidak menghentikan kenderaan selepas melanggarr mangsa.

Sumber : hmetro via Awatt Syeikhh

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram @zarinazainuddin_ via KLPRESS

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakKualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*