Terima Kasih Kerana Teman Abah Dalam Ambulan Dan Di Hospital Dari Semalam – Adam Corrie




Pelakon Adam Corrie Lee memuat naik foto di Instagram menunjukkan keadaannya yang dimasukan ke hospital semenjak kelmarin.

Difahamkan, Adam dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans kelmarin.

Kini, pelakon KL Gangster itu memaklumkan dirinya sudah boleh bangun dan menunjukkan perkembangan positif.

“Terima kasih @adamfatehlee & bidadariku @puan_fazi_fuad jaga abah.. teman abah dalam ambulance dan di hospital dari semalam.

Terima kasih team production @opyglobalpictures drama #Penunggu yang bantu uruskan saya ke hospital. Empat orang kena masuk wad semalam termasuk saya.

“Petang ni baru boleh bangun duduk. Alhamdulillah,” tulisnya dalam kapsyen.

Menerusi entri tersebut Adam memuat naik fotonya di hospital bersama anak lelakinya Adam Fateh Lee, 1.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar dia segera sembuh.



Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema Fuad, 40, pada 21 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Komen Netizen Mendoakan Agar Adam Sembuh

@azlankomeng – Syafakallah….. Sakit apa tu sahabat.@!

@fakhrulunic – Cepat sembuh bang..syafakallah

@yatthamzah_suci – Abg..awat tuu..take care n syafakallah.. hi fateh

Semoga saudara Adam Corrie diberikan kesihatan dan segala urusan dipermudahkan. Insyallah ..

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*