Bengang Kerana Seorang Netizen Cakap Anak Rita Rudaini Bukan Sah Taraf, Rita Beri Masa 14 Hari Saja




GARA-GARA meninggalkan komen berbaur fitnah di laman sosial, pelakon Rita Rudaini bertindak membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman Instagram pada Isnin.

Rita, 43, membuat laporan itu selepas mendapati komen yang mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya itu berniat jahat dan memberi kesan buruk terhadap mereka.

“Laporan dibuat terhadap seorang individu menggunakan akaun Instagram @ahmadsan81 yang menghina dan memfitnah mengenai taraf anak saya. Ia keterlaluan dan melampau!

“Sebelum ini tak ada orang yang menghina dan keji anak saya, fasal anak saya tak boleh berdiam kerana keterlaluan.

“Saya mengambil langkah yang sama seperti Jasmin Hamid lakukan sebelum ini, ingatkan bila dia buat begitu orang dah tak berani, tapi masih berlaku,” katanya kepada mStar.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kota Damansara, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang.

“Pemilik akaun tersebut perlu tampil bersemuka dengan kami secepat mungkin dan buat permohonan maaf secara terbuka.

“Jika ingkar, individu itu bakal berdepan dengan saman sivil,” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi Instagram milik Rita, seorang netizen meninggalkan komen mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya pada salah satu foto yang di muat naik.

“Entah anak-anak hang (kamu) anak sah taraf ke? Tanya jer,” tulis pemilik akaun tersebut.

Sementara itu, peguam yang dilantik Rita iatu Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan memberi tempoh selama 14 hari untuk individu itu tampil membuat permohonan maaf.

“Kita ikut perundangan… kami beri tempoh selama 14 hari bermula tarikh laporan polis dibuat pada hari ini.

Terdahulu, Rita dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.

Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk bercera4i pada September 2013.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber Mstar via Awatt Syeikhh

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*