Tergamak Anggota P0lis Ini Tendang Isterinya Yang Sedang Mengandung. Selama Ini Isteri Tidak Mahu Buka Aib, Tapi Kali Ni Semuanya Sudah Terbongkar

SELEPAS lima tahun melayari bahtera perkahwinan dengan dikurniakan tiga orang anak, akhirnya wanita ini berkongsi kisah sedih di sebalik ikatan itu.

Lebih malang, wanita yang dikenali sebagai Hasyidatul Hanim ini mengakui sudah diceraikan suaminya melalui aplikasi WhatsApp.

Jelas Hasyidatul, sepanjang lima tahun perkahwinan dia tidak pernah terlintas membuka aib suaminya dan sabar menempuh segala dugaan.

“Ikatan perkahwinan pada 2014 adalah di atas dasar kerelaan dan kasih sayang dengan suami.

“Sebelum berkahwin saya tanya dia betul-betul ke nak kahwin sebab umur masih muda, 23 tahun ketika itu. Dia cakap memang dia nak kahwin.

“Walaupun kami kekurangan dari segi kewangan, saya tidak pernah persoalkan dan ianya bukanlah masalah utama kecuali kekangan masa suami bersama keluarga dan anak-anak.

“Ini kerana dia bekerja sebagai anggota polis dan saya percaya alasannya bahawa tugas lebih penting daripada segalanya.

“Tetapi sepanjang perkahwinan suami beberapa kali curang. Setiap kali kantoi akan berlaku pergaduhan.

“Saya sering dikasari dan dipukul. Tetapi sebagai isteri saya sentiasa memaafkannya. Saya masih memberi peluang kepadanya kerana sayangkan hubungan ini dan anak-anak,” luahnya di Facebook yang mendapat lebih 2,000 perkongsian daripada pelayar lain.

Menurut Hasyidatul, cukuplah tiga kali dia bergadai nyawa untuk melahirkan pewaris suaminya.

“Banyak kali juga saya dijadikan ‘punching bag’ pelepas geram suami sendiri.

“Sewaktu mengandung anak bongsu, saya ditendang dan hampir masuk wad kerana pergerakan anak tidak stabil. Ketika itu saya masih lagi tutup aibnya.

“Disebabkan itu saya terpaksa menjalani pembedahan kandungan, namun dia tetap tidak ada di sisi kerana perlu pergi kerja.

“Dan kali ini dia curang lagi. Saya ada mesej wanita itu, namun mereka berdua menafikannya.

“Disebabkan egonya tidak mengaku sehinggalah saya viralkan pasal wanita itu, dia akhirnya ceraikan saya.

“Alasannya dia tidak mahu kes ini tersangkut dengan kerja dia.

“Saya juga minta cerai sebab sudah habis kesabaran dengan dia. Terima kasih lafazkan talak menerusi WhatsApp sahaja,” tulis Hasyidatul.

Selepas berkongsi luahannya itu, rata-rata pembaca bersimpati dan memberi kata-kata semangat kepada Hasyidatul.

Antaranya pengguna bernama Zara menulis: “Sebagai perempuan kita ada hak untuk bahagia, buta apa nak pertahankan rumah tangga kalau diri sendiri banyak berkorban. Harta yang kita ada jaga elok-elok… semoga dipermudahkan hidup awak. Amin.”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR ONLINE Via Awatt Syeikhh

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*