Tunku Azizah Dedahkan Puteri Bongsu Memang Kaki McD. Gelaran Yang Diberi Kepada Tengku Jihan Mendapat Perhatian Netizen

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meminta orang ramai supaya berhenti mengecam kesilapan dilakukan sebuah restoran makanan segera terhadap pesanan puteri bongsunya, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah baru-baru ini.

“Tolong janganlah marah sangat kat McD. Bukan salah mereka. Dalam banyak-banyak tu adalah yang terkurang.

“Jihan memang suka sangat makan McD. Setiap hari beli McD. Nama dia pun saya sudah tukar… McJihan!” kata Tunku Azizah.

Tweet kelakar Tunku Azizah itu ternyata mencuit hati netizen.

“Ampun Tuanku, awat lawak sangat la ni?” kata Umirah.

“Kami tak marah cuma kami bantu @McDMalaysia memperbaiki mutu dan kualiti yang diharapkan,” kata Akukaya.

Dalam pada itu, Tunku Azizah dalam tweet susulannya berkata; nanti saya buka kedai dan jual burger McJihan!

Tweet tersebut mendapat 2,600 ulang kicau dan 8,500 tanda suka.

Rata-rata netizen setuju dengan tweet tersebut.

Burger Mekjihan

Tunku Azizah mendedahkan Puteri Jihan adalah peminat setia burger McD.

Malah Puteri Jihan turut meninggalkan emoji suka pada tweet berkenaan.

“Imagine burger MekJihan fly to national and international level. We gonna be more than proud Tuanku. Tagline: “Inpired by Lost Patty,” kata Shin Shine.

“Drive thru istana can ah Tuanku. I’ll pay extra, look how thick the patty,” kata Zendayana.

“Hahaha comel weh… confirm hari pertama buka beratur panjang dan cepat habis tak sampai setengah hari pun,” kata Zuuzuliaa.

Tunku Azizah turut memuatnaik gambar burger ‘McJihan’ hasil air tangan baginda di Twitternya.

Gambar tersebut turut mendapat 2,200 tanda suka.

“Aduh lapar terus pepagi ni tengok burger McJihan Tuanku,” tulis AzmIsm.

“Open order tak ni. Teringin nak rasa resepi Tuanku,” kata Imtiyaz.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MSTAR ONLINE via Viddy Media

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*