Memang Sporting Habiss Lah Tunku Azizah Ni, Steady Je Bawak Lagu JUJUR Dari Kumpulan RADJA… Live Band Lagi Tu!




Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih.

SELAIN sifat kasih dan prihatin kepada rakyat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya dikenali kerana kehandalannya di dapur.

Sebutlah apa sahaja masakan tidak kira masakan Melayu, Barat, Timur Tengah dan pelbagai lagi, semuanya mudah sahaja bagi isteri kepada Sultan kita  (Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah) itu memasaknya.

Selain itu ramai yang tidak tahu Tunku Azizah juga mempunyai bakat menyanyi. Bukan nyanyi karaoke ye, menyanyi LIVE Band lagi!. Bukan senang nak menyanyi ikut Live Band ni. Tetapi Tunku Azizah selamba je.

Seperti yang di lihat pada rakaman video yang di letakkan dalam Instagram Kemsalleh #tengkupuanpahang, Tunku Azizah membawakan lagu Jujur dari band terkenal Indonesia Radja.

Walaupun Video ini sudah lama di post pada Instagram tersebut tetapi bagi yang belum melihat bakat terpendam Tunku Azizah bolehlah menonton videonya yang kami sertakan di bawah ni.

Ramai Follower Instagram tersebut yang memuji Tunku Azizah sebagai seorang humble, sporting dan sempoi seperti dipetik dari Instagramnya.

Tidak dipastikan majlis apa yang di hadiri oleh Raja Permaisuri Agong itu tetapi kelihatan di dalam video ada beberapa artis yang menyanyi bersama seperti Umie Aida dan beberapa orang lagi.

Semoga Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah senantiasa sihat walafiat hendaknya dan sentiasa menjadi seorang yang humble serta sporting!..

Tonton Video Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah menyanyi Live Di Bawah

"Memang Humble & Sporting Lah Tengku Puan Pahang Ni.." – Rilex Je Nyanyi lagu JUJUR dari kumpulan RADJA…

"Memang Humble & Sporting Lah Tengku Puan Pahang Ni.." – Rilex Je Nyanyi lagu JUJUR dari kumpulan RADJA…

Posted by Viral Kami Video on Wednesday, September 19, 2018

“My handsome King.” – Raja Permaisuri bergurau ambil gambar Agong secara dekat

Pagi tadi telah berlangsungnya perarakkan Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-62 di Dataran Putrajaya. Semestinya untuk sambutan Hari Kemerdekaan, Yang Di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong akan mencemar duli menghadiri perarakan tersebut.

Agong dari dekat hehehe

Seperti biasa, pasangan diraja yang sangat disayangi rakyat ini akan mencuri perhatian  semua dengan keramahan dan juga telatah bersahaja mereka apabila melihat perbarisan yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan.

Paling mencuri tumpuan semestinya gambar-gambar Yang Di-Pertuan Agong yang diambil oleh Raja Permaisuri Agong. Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga sempat memuat naik hasil ‘seninya’ di akaun Twitter.

Seronok tengok Tuanku

Selain daripada itu, beberapa telatah spontan tuanku baginda Agong dan Raja Permaisuri Agong telah berjaya ditangkap oleh orang awam sepanjang sambutan hari Merdeka itu. Ternyata baginda berdua telah menjadi perhatian dan membuatkan rakyat teruja melihat kemesraan baginda.

Nampak cool la Tuanku

Sehubungan dengan itu, menerusi Twitter baginda Raja Permaisuri yang menggunakan akaun cheminahsayang warganet telah membanjiri ruangan komen dengan memuji telatah comel baginda raja permaisuri bersama Agong.

Para rakyat juga mendoakan kesejahteraan pemerintah negara kita itu agar sentiasa sihat dan diberikan kesejahteraan kepada mereka.

Tengok satu sama lain

Bersemut Twitter

Semoga melahirkan rakyat yang setia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*