“Nak M4rah Lebih Lebih Tak Boleh Juga”- Datin Shahida

Apabila kita mengambil seorang pembantu, itu bermakna kami mahu memudahkan kerja-kerja harian kita. Kita sebagai majikan hanya mahu suatu pekerjaan yang dilakukan kemas dan tidak melibatkan ker0sakan. Kebanyakan warga Malaysia mengambil pembantu rumah atas dasar mereka hendak memudahkan kerja rutin harian mereka yang padat. Begitu juga Datin Shahida yang sangat sibuk mengendalikan pelbagai kerja termasuklah menguruskan hal anak-anak dan beliau juga sedang sarat mengandung.

Tapi malangnya, manusia tidak sempurna dan akan membuat kesilapan. Pembantu juga manusia. Baru-baru ini, pembantu rumah Datin Shahida bernama Lisa telah terbuat silap dengan terbakar tudung yang baru dibeli Datin.

Dilihat di dalam video berkenaan, Datin walaupun sedang tertekan kerana tudung yang baru dibelinya itu terbakar, beliau tetap tidak meninggikan suara kepada pembantu rumahnya itu dan hanya membebel dengan nada suara yang perlahan.

Sila Saksikan Video Berkenaan :

Netizen amat memuji sikap Datin yang penyabar dan tidak terus melatah menengking pembantu rumahnya itu. Ada juga berkata beliau tidak seperti suaminya yang akan terus menjerit jika seluarnya yang terbakar.

Sifat sabar Datin Shahida sememangnya harus dicontohi oleh masyarakat terutama sekali majikan-majikan di luar sana. Tidak salah untuk menegur pekerja kita tapi biarlah betul caranya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : ig @shahidadherbs via Cite Ohsem

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*