Jnzah Pitt Hanif Akhirnya Telah Dijumpai. Ini Luahan Ibu Fauziah Nawi Yang Menyedihkan




SELEPAS dua hari dilaporkan hilang, pengarah filem Coast Guard iaitu Pitt Hanif disahkan meninggal dunia selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui jenaz4hnya di Sungai Mela, Kuala Lipis pada petang, Ahad.

Berita itu disahkan sendiri oleh ibu Allahyarham Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif, 43, yang juga pelakon Fauziah Nawi menerusi siaran langsung di laman Facebook.

Video Tersebut Ada Disediakan Di Akhir Artikel

Menurut Fauziah, pihak bomba memaklumkan jen4zah ditemui dalam keadaan baik biarpun sudah hampir dua hari di dalam air.

“Saya ingin mengumumkan bahawa jena-zah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ataupun dikenali sebagai Pit Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok.

“Berita itu diberitahu adik saya, Mohamad Fauzi yang berada di lokasi. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan dan yang berusaha mencari jena-zah anak saya.

“Alhamdulillah menurut adik saya, pihak bomba yang jumpa jena-zah berkata tak pernah lagi mereka jumpa jena-zah seperti itu sudah dalam air selama dua hari,” katanya sambil tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

Sebelum ini, Pitt dan jurukamera Sham Mokhtar menaiki sebuah bot untuk memancing di Sungai Mela, Kuala Lipis selepas menamatkan penggambaran sebuah filem pada pukul 9 Pagi.

Menurut seorang kru produksi filem Coast Guard memberitahu kejadian pukul 11 pagi itu disaksikan isteri jurukamera Sham Mokhtar.

Jurukamera filem itu dapat menyelamatkan diri dan Pitt dikatakan cuba berenang selepas bot yang dinaiki terbalik namun gagal ditemui.

Dalam pada itu, Fauziah turut meluahkan rasa sedih apabila dia tidak dapat menunaikan janji arwah suaminya untuk menjaga anak mereka dengan baik.

Kata Fauziah, Allahyarham sudah dibawa ke Hospital Kuala Lipis, Pahang namun masih tidak mengetahui jena-zah akan dibawa pulang ke rumahnya atau kediaman keluarga mertua yang didiami bersama isteri serta anak-anak.

“Pitt mama minta maaf tak dapat nak jaga Pitt seperti mana mama janji pada arwah abah. Terima kasih dan doakan semuanya. Mayat anak dah dibawa hospital Kuala Lipis.

“Tapi tak tahu akan bawa di rumah saya di Taman Melati atau rumah besan saya di mana dia tinggal bersama isteri dan anak-anaknya. Berakhir sudah hidup anak saya di usia 43 tahun,” ujarnya.

Video Penuh Kata Kata Fauziah Nawi

Posted by Fauziah Nawi on Sunday, October 27, 2019

Sumber : MSTAR ONLINE

Innallilah, Salam Takziah kepada keluarga dari Kami

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber :

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*