“Maaf Tanya, Dah Lenjan 15 Jam Macam Tu, Solat Buat Tak?” Ini Jawapan Padu Alif Satar Jawab

Baru-baru ini selebriti popular Alif Satar telah berjaya menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019 yang diadakan di Pantai Cenang, Langkawi.

KEJAYAAN penyanyi Alif Satar menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019 yang diadakan di Pantai Cenang, Langkawi pada pagi Ahad lalu itu telah menerima perhatian ramai peminat dan netizen.

Alif berjaya menamatkan cabaran tersebut selama 15 jam iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer, 180 kilometer berbasikal dan 42 kilometer berlari.

Cabaran selama 15 jam itu juga tidak menjadi penghalang kepada pengacara Big Stage itu untuk menunaikan ibadah wajib sebagai seorang beragama Islam.

Perkara berkenaan didedahkan Alif selepas terdapat netizen yang mempersoalkan sama ada peserta sukan triatlon itu sempat menunaikan solat sepanjang acara berlangsung.

Seorang pengguna Instagram telah bertanyakan di ruangan komen bagaimana dengan solat apabila melakukan Full Ironman tersebut.

Antara jawapan Alif ketika ditanya mengenai solat.

‚ÄúMaaf tanya, kalau dah lenjan 15 jam macam tu‚Ķ solat semua dekat mana ya? Mereka ada berhenti solat ke? Maaf bertanya,‚ÄĚ tulis salah seorang netizen menerusi ruang komen di¬†Instagram.

Komen tersebut mendapat perhatian Alif yang menjelaskan bahawa pihak penganjur amat peka.

Tidak melatah dengan soalan tersebut, Alif dengan tenang menjelaskan bahawa pihak penganjur amat peka dan menyediakan ruang solat buat peserta menunaikan ibadah itu.

“Ada ruang solat di transition 2 (bike to run).

‚ÄúBila ambil wudhu ada¬†volunteer¬†tolong pegangkan botol‚Ķ¬†organiser¬†Ironman sediakan ruang khas untuk atlet beragama Islam,‚ÄĚ ujarnya.

Menerusi acara tersebut, Alif berjaya menamatkan cabaran dengan berenang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal sejauh 180 kilometer dan berlari 42 kilometer dalam masa 15 jam 5 minit 49 saat.

Rata-rata pengikutnya memuji sikap Alif yang tenang menjawab persoalan daripada netizen dan menyifatkan dirinya sebagai wira yang sebenar.

“Ini barulah Ironman sebenar!

“Ini membuatkan anda lebih dihormati. Tahniah Alif! Ironman sebenar, adiwira kepada isteri dan anak-anak.

‚ÄúTerbaik! Tak jadi juara pun tak apa. Yang penting apa yang wajib tidak tinggal,‚ÄĚ tulis netizen.

Untuk perlumbaan itu juga seramai 2,500 atlet dari 70 negara telah menghantar penyertaan.

Ia merupakan kali kedua pelakon drama Red Velvet itu menyertai kejohanan tersebut.

Sebelum ini, Alif teah menyertai acara ini pada tahun lepas dan dapat harungi kesemua cabaran dan dapat gelaran Ironman Langkawi 2018 (kategori half Ironman) dengan catatan masa 6 jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan keseluruhan sejauh 112.7 km, membabitkan berenang sejauh 1.6 km, berbasikal 90 km dan berlari sejauh 21.1 km.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar Online

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*