[Terkini] “Jam 2 Pagi Kembalinya Anak Syurga, Dia Nak Bersama Keluarga Dulu” Selepas Bernyawa Semula, Anak Shah THR Gegar Akhirnya Pergi Menghadap Ilahi

Anak kepada penyampai radio THR Gegar, Shah yang kembali bernafas petang semalam selepas disahkan m3ninggal dunia akhirnya kembali kepada pencipta-NYA. Shah berkongsi mengenai berita duk4 tersebut menerusi kemas kini di laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira jam 2 pagi.

“Innalillahi-wainnaillahi-rojiun…27.10.2019 – 31.10.2019 jam 2am… Kembalinya anak syurga, dia nak bersama keluarga dulu, Al-Fatihah” Tulisnya.

Innalillahiwainnailaihirojiun 27.10.2019 to 31.10.2019 jam 2am.. Kembalinya anak syurga…die nak bersama keluarga dulu… Al-Fatihah

Aliff Khalifah yang dilahirkan tiga hari lalu (Ahad) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, disahkan mengalami k0mplikasi pada jntung sebelah kiri.

Aliff yang dilahirkan normal semakin l3mah pada hari kedua dilahirkan dan mengalami s3sak nafas menjelang tengahari. Keadaan tersebut menyebabkan doktor membuat keputusan untuk memasang mesin bantuan pernafasan untuk Aliff yang semakin l3mah.

Namun pada jam 5 petang semalam (Rabu), keajaiban berlaku apabila Aliff yang telah disahkan m3ninggal dunia selepas mesin bantuan pernafasan dicabut, kembali hidup. Kepada Shah dan isteri, Izyan Shazana takziah dan moga dipermudahkan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak via vanilla daily

Artikel Terdahulu Yang Berkaitan

Selepas 10 Minit Doktor Sahkan Meninggal, Anak Shah THR Gegar Bernyawa Semula

Penyampai radio THR Gegar, Shah Muhammad meluahkan rasa syukur dengan keajaiban Allah apabila bayinya Aliff Khalifah yang telah disahkan meninggal dunia kembali bernafas seperti biasa, lapor mStar.

“ALHAMDULILLAH… anak saya bernyawa semula!,” 

Pada mulanya doktor mengesahkan bayinya itu meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang Rabu selepas alat sokongan hayat dicabut.

Assalamualaikum semua… Masa saya dengan Mama n baba dah tak lama taw.. Saya dah nak ke syurga.. Sekarang nenek atuk makcik pakcik saya datang tengok saya buat kali terakhir.. Cuma saya mintak semua sedekah Al fatihah kepada saya.. Dan doakan mama dan baba kuat yer…Jumpa disyurga yer…Al-Fatihah…

Walaubagaimanapun kira-kira 10 minit kemudian, bayi yang dipeluknya itu secara tiba-tiba memberikan tindak balas hingga mengejutkan dia dan isteri, Izyan Shazana Mazlan.

“Mula-mula saya memang harapkan keajaiban berlaku dan ternyata Allah nak tunjukkan kebesaran-Nya.

“Aliff tiba-tiba tersedak dan dia masih bernyawa… keluar suara dan dia buka mata! Saya terkejut, dia masih bernyawa sampai sekarang,” ujarnya.

Sebelum ini, Shah menerusi aplikasi Whatsapp berkongsi berita sedih mengenai kematian anaknya yang baru tiga hari dilahirkan akibat komplikasi pada jantung sebelah kiri.

Namun begitu sejam kemudian Shah memaklumkan mengenai perkembangan terkini anaknya itu.

Dalam pada itu Shah berkata, doktor membenarkan anaknya untuk dibawa pulang meskipun masih berada dalam keadaan lemah dan sukar untuk bernafas.

“Doktor terkejut… lepas mesin dicabut, baby masih okey. Jadi doktor arahkan untuk kami bawa balik selepas bayi boleh bernafas tanpa mesin hayat.

“Alhamdulillah, saya gembira tetapi tetap takut kerana tak pasti keadaan dia selepas ini. Sebagai bapa sudah tentu saya harapkan anak saya kembali sihat. Apapun saya serahkan segalanya kepada Allah.”

Menurutnya keadaan bayi masih lemah dan akan dipantau oleh doktor.

“Keadaan bayi ketika ini masih lemah… selepas ini baby Aliff akan dipantau oleh doktor,” ujarnya.

Semoga bayi Shah dikurniakan kesihatan yang baik dan terlindung dari segala penyakit. (Sumber : Yoy network)

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*