Ustaz Azhar Idrus Patah Tangan Dan Hidung. Ini Komen Pembantu Khas Dia Tentang Apa Yang Berlaku




PENCERAMAH bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh basikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pusara di Kuala Terengganu petang hari ini.

Difahamkan, UAI menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah di sekitar bandar raya itu sebelum terbabit dalam kema-langan itu.

Kejadian dipercayai berlaku pada 6.30 petang apabila basikal yang ditunggangnya tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terpelanting.

Pembantu khasnya, Wan Safari Wan Ahmad berkata, UAI kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapatkan rawatan segera.

“Kami bersyukur kerana ketika kejadian peserta yang mengikuti kayuhan santai itu masih berada di kawasan berhampiran dan segera menghulurkan bantuan.

“UAI masih dirawat di Unit Kecemasan dan sedang diperiksa pakar. UAI mungkin akan menjalani pembedahan segera malam ini.

“Bagaimanapun, ia terpulang kepada keputusan pakar dan doktor yang merawatnya,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurutnya, orang ramai terutama penggemar ceramah atau peminat UAI tidak perlu berasa bimbang atau membuat sebarang spekulasi.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan, jika sayangkan UAI, doakan keselamatan dan semuanya dipermudahkan buat UAI.

“Kita semua berharap tiada apa-apa yang tidak elok menimpa UAI,” katanya.

Difahamkan, kayuhan santai itu bermula dari Masjid Khalifah di Jalan Pusara dan ke sekitar bandar raya itu sebelum kembali semula ke masjid berkenaan.

Berikutan itu juga, UAI yang dijadualkan menyampaikan kuliah di Surau Pak Tuyu, Mengabang Telipot malam ini terpaksa membatalkannya.

Dalam perkembangan lain, akaun Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) ada memaklumkan bahawa semua kuliah yang sepatutnya disampaikan UAI terpaksa ditangguh seketika sehingga diberitahu kelak kerana UAI memerlukan rehat akibat terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

SumberHarian Metro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*