Dalam Sebak, Naqiu Boboy Perjelas Persembahan Di Gegar Vaganza 6




Minggu keempat program popular Gegar Vaganza 2019, persembahan Naqiu Boboy pastinya dinantikan peminat. Apatah lagi, kali ini Naqiu bergandingan dengan juara GV musim kedua, Siti Nordiana.

Bintang berusia 34 tahun itu bagaimanapun mengakui kesilapan dan cuba bangkit untuk memberikan persembahan yang lebih baik, minggu hadapan.

“Saya down bukan sebab lagu, tetapi sebab saya teringatkan arwah.” Itu kata peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Naqiu yang mengakui ralat apabila kualiti persembahannya pada minggu duet tidak sebaik yang dirancang.

“Hubungan kami (Allahyarham Achik Spin) bukan jenis yang selalu menghubungi menerusi mesej atau keluar lepak, tetapi kami sering bertemu di belakang pentas apabila melakukan persembahan bersama.

“Akan tetapi keramahan serta lawaknya membuatkan saya terkesan sebab kebiasaannya kebanyakan penyanyi akan ambil masa sendiri dahulu ketika di belakang pentas sebagai persediaan sebelum membuat persembahan.

“Namun ia berbeza dengan arwah. Kalau ada 100 orang di belakang tu, 100 orang akan gelak bersamanya. Arwah seorang yang ceria dan bila saya buat rakaman sebelum itu, ingatkan saya kuat tetapi baru saya sedar. Kawan aku dah tak ada,” katanya.

Ditanya sama ada ia secara langsung menjejaskan persembahannya dalam menyampaikan lagu Gurauan Berkasih dengan baik, Naqiu menjelaskan ia adalah berpunca dari dirinya sendiri.

“Salah saya juga sebab sebak hingga tak mampu nak sampaikan dengan baik. Salah sayalah. Jujurnya, ketika sesi reheasal semalam bukan macam tu. Ia lebih baik.

“Malah simboliknya saya melutut pada Siti Nordiana sebenarnya tidak dirancang. Tetapi ia sebagai tanda terima kasih kepada Siti Nordiana (rakan duet) kerana kalau saya seorang yang menyanyi, rasanya tak sampai seminit saya ke belakang.

naqiu
Foto dari Instagram Naqiu Boboy

“Momen Nana memandang saya, datang semangat untuk habiskan lagu berkenaan,” jelasnya lagi.

Namun begitu, peminatnya tetap memberikan sokongan buat Naqiu kerana ada diantaranya berpendapat bahawa lagu Gurauan Berkasih yang pernah dipopularkan oleh Siti Nordiana atau Nana bersama Allahyarham Achik Spin tidak mudah seperti yang disangka untuk dinyanyikan.

Dalam pada itu, netizen turut mengatakan sudah menjadi adat bertanding untuk turun naik bagaimanapun, peminat penyanyi terkenal ini yakin bahawa dia telah melakukan yang terbaik.

Reaksi netizen

Pada minggu keempat konsert GV6 yang bersiaran pada Ahad, Naqiu atau nama lengkapnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib sekadar menduduki ranking ketujuh daripada 11 peserta dengan markah sebanyak 63 peratus.

Sementara itu, KOOL yang dianggotai Hairi dan Riot diumumkan sebagai peserta tersingkir. KOOL mengumpul markah keseluruhan sebanyak 49 peratus.

GV6 disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), 9.00 malam setiap hari Ahad di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

Pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang menjadi juri tetap sementara Datuk Jamal Abdillah pula diundang sebagai juri jemputan minggu ini.

Menurut sumber pula, Naqiu ada memberikan penjelasan mengenai persembahannya di Gegar Vaganza semalam, “saya down bukan sebab lagu, tetapi sebab saya teringatkan arwah.” Dia turut mengakui kesilapan dan akan cuba bangkit bagi memberikan persembahan lebih baik.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MH, Lepat Pisang, Himpunan Cerita Lawak

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*