Rakaman Video Anggota Polis Ini Tolak Kereta Dalam Hujan Dapat Pujian Netizen




Keprihatinan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) menolak sebuah kereta rosak dalam keadaan hujan lebat di Nilai di sini mendapat pujian netizen.

Perkongsian video di Instagram Daniel Zamri itu memaparkan dua anggota polis berada di persimpangan lampu isyarat membantu menolak sebuah kereta dipercayai rosak ketika mahu meneruskan perjalanan.

Anggota berkenaan menolak kereta itu sehingga ke tepi jalan dalam keadaan hujan lebat demi menggelakkan berlaku kesesakan trafik di kawasan terbabit.

Daniel turut memuji tindakan anggota polis itu kerana menjalankan tanggungjawab meskipun dalam apa jua situasi.

“Ingat aku je yang mandi hujan hari ini sebab hantar stok @ainadtaste di agen sekitar Nilai tadi.

“Rupanya ada lagi yang mulia dalam menjalankan tanggungjawab dalam bekerja. Dalam pemerhatian aku tadi, pemilik kereta ‘breakdown’ tu orang Cina. Siap berpayung lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Daniel juga berhasrat untuk belanja anggota polis kek yang diusahakan isterinya sekiranya video yang dimuat naik itu tular di laman sosial.

“Semoga abang polis dilimpahkan rahmat oleh-Nya. Amin. Kalau ada rezeki video ni viral, aku teringin nak jumpa abam polis ni sebab nak belanja kek dari @ainadtaste, lokasi kejadian sekitar Nilai – KLIA,” tulisnya.

Abang polis tolak kereta dalam hujan

Dua anggota polis membantu menolak sebuah kereta dipercayai rosak dalam keadaan hujan lebat di Nilai. Video: Instagram Daniel ZamriBerita penuh di https://bit.ly/2NwbN84

Posted by Sinar Harian on Sunday, November 3, 2019

Dua anggota polis membantu menolak sebuah kereta dipercayai rosak dalam keadaan hujan lebat di Nilai. Video: Instagram Daniel Zamri

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Viddy Media

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*