Kelibat Wanita Memakai Baju Kurung Dan Bertudung Sedang Membersihkan Kawasan Tapak Perkuburan Kristian Mengelirukan Puluhan Penganut Kristian Lain Yang Berada Di Kawasan Itu. Lelaki Ini Tampil Dedah Cerita Sebenar




Sering kali juga terjadi kes-kes orang dibuang oleh keluarga sendiri setelah bertukar agamanya. Disebabkan sudah tidak sehaluan dan seagama,hubungan kekeluargaan terpaksa dileraikan sahaja.

Satu kisah yang terjadi di Kuching Sarawak, dimana sebuah keluarga muslim telah melawat sebuah tapak perkuburan kristian kelmarin bersempena dengan hari All Soul Day

Meskipun berbeza agama, ia tidak menghalang keluarga muslim ini untuk hadir ke perkuburan kristian dan membersihkan pusara mendiang nenek mereka seperti yang dikongsikan Cikgu Emmet Menulis di facebooknya.

Ikatan kekeluargaan tak akan putus walaupun berbeza agama

Beza Agama tak halang kasih terhadap ibu yang telah tiada.

Hari ini 2hb November..dalam perjalanan ke bandaraya Kuching melalui jalan penrissen agak luarbiasa sesaknya. Lebih-lebih lagi bila melalui kawasan perkuburan kristian, terdapat banyak kereta parkir di sisi jalan. Rupanya pagi ini ialah hari All Soul Day iaitu hari dimana ramai sanak saudara menziarahi pusara orang tersayang yang telah pergi.

Hari ini penganut kristian terutamanya akan membersihkan pusara ibu atau bapa serta saudara mara yang telah tiada disamping menukar bunga dijambangan. Namun dalam puluhan orang yang berada di kawasan perkuburan kelihatan juga kelibat beberapa orang yang memakai baju kurung dan bertudung.

Ternyata mereka ialah perempuan muslimah. Mereka turut membersihkan perkuburan. Salah seorang daripadanya ialah guru SMK Padawan. Iaitu Cikgu Dayang Rafidah bt Awang Osman. Pagi ini beliau bersama ibu dan ibu saudaranya yang beragama Islam turut membersihkan kubur mendiang neneknya yang telah lama tiada. Meskipun kelihatan agak janggal kerana mereka adalah keluarga Muslim tetapi kehadiran mereka disambut sapaan dan senyuman dari pengunjung lain.

Menurut cikgu Dayang Rafidah..walaupun neneknya bukan beragama Islam dan ibunya pula seorang mualaf ia tetap tidak memutuskan rasa kasih dan sayang walaupun nenek (ibu kepada ibu Dayang Rafidah) telah meninggal dunia. Rasa sayang terhadap neneknya terus diterjemahkan dengan menyantuni pusara mereka.

Hakikatnya di Sarawak dan juga Sabah khasnya dan di seluruh Malaysia amnya masih terdapat nilai hormat menghormati yang boleh dicontohi. Bumi Allah ini untuk dikongsikan bersama.. Perbezaan kaum pun untuk saling kenal mengenali dan kepercayaan agama adalah untuk membimbing rohani agar berupaya menjadikan kita manusia yang baik dan berperkerti tinggi.

Bukan itu sahaja, malah netizen turut berkongsi kisah masing-masing yang hampir serupa seperti diceritakan Cikgu Emmet di facebook.

Semuanya bergantung pada niat asal masing-masiing. Paling penting adalah rasa dan tanda hormat pada ibu bapa, walaupun mereka berlainan agama.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Sinar Viral Network / Lobak Merah & Cikgu Emmet Menulis

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*