Lelaki Ini Ceritakan Bagaimana Dia Ternampak Anjing Dicat Warna Hijau Yang Mnimbulkan Kemarahan Orang Ramai

SUBANG – Seekor anjing memiliki bulu berwarna hijau dipercayai dicat oleh individu tidak berperikemanusiaan menggemparkan penduduk di sekitar Subang Bestari.

KEJAM dan keterlaluan. Begitu gambaran perbuatan individu yang mengecat badan seekor anjing dengan berwarna hijau di Subang Bestari, Shah Alam.

Kisah haiwan malang itu tular selepas dimuat naik kaunselor pelajar, Shazreen Othuman, 31, di Facebook (FB) miliknya, 11 November lalu.

Perkongsian Shazreen itu mendapat perhatian warganet yang rata-rata meluahkan rasa simpati serta geram dengan tindakan individu yang menganiaya anjing berkenaan.

Gambar dimuat naik di Facebook Shazreen Othuman tular di laman sosial sehingga mendapat kritikan daripada netizen.

Bercerita lanjut, Shazreen berkata, gambar berkenaan diambil sewaktu terserempak dengan anjing itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang.

Such a cute innocent fellow but why the green??! I dont think he has an owner though. Whoever did this must be a mental ARSE!! Idiotic mentality some humans have!!Spotted near Subang Bestari area

Posted by Shazreen Othuman on Sunday, November 10, 2019

“Saya ternampak anjing itu ketika sedang memandu untuk pulang ke rumah dan memberhentikan kenderaan di bahu jalan selepas melihat warna badannya yang pelik berbanding biasa.

“Ketika itu, anjing berkenaan sedang mengorek sampah dan seolah-olah ketakutan selepas saya datang menghampirinya.

“Namun, saya sempat mengambil gambarnya dan memuat naik di FB dengan niat meminta bantuan seandainya ada pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang boleh membantu menyelamatkan anjing itu,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka perkongsian itu menjadi tular dan ramai yang menghantar kiriman mesej bertanyakan lebih lanjut kerana mahu membantu anjing berkenaan.

“Terima kasih kepada semua yang prihatin dan jujurnya, saya sedih kerana ada yang tergamak bertindak sebegitu tanpa memikirkan tindakan mereka boleh mengakibatkan kesan alahan atau masalah kesihatan kepada haiwan,” katanya.

“Saya tidak fikir anjing ini ada tuannya. Siapa pun melakukan perbuatan ini mesti memiliki masalah mental,” tulisnya.

Anjing itu dilihat sedang mencari makanan di dalam bungkusan plastik dan dipercayai tidak bertuan.

Netizen yang melihat posting itu berang dan mengutuk individu yang bertindak kejam mengecat bulu anjing tersebut.

Kata Siti Noor Hidayah, “Dah banyak kali jumpa, itu fikir juga siapa yang buat, badan gemuk terbaru warna hijau, ada masanya biru, oren pun ada, merah pun. Tukar-tukar warna, saya takut nak berhenti, takut anjing,” tulisnya.

“Kesiannya! Siapa laa yang sanggup buat macam itu… sangat kejam!,” kata Sarimah.

Intan Nubailah pula berharap ada pihak sudi membantu anjing itu dan membersihkan kotoran yang melekat pada bulunya.

Menurut Kilayong, “Cat dan pewarna sangat berbahaya untuk haiwan dan mungkin menyebabkan rasa tidak selesa. Ia boleh mengganggu sistem pernafasan, boleh berasa mual, pening dan alergi pada kulit.”

Sementara itu, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) Arie Dwi Andika berkata, beliau sudah membuat aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama, Arie turut melakukan tinjauan di kawasan terbabit tetapi belum dapat mengesan anjing berkenaan namun mengesyaki pelakunya adalah kakitangan sebuah syarikat perusahaan berhampiran berdasarkan maklumat awal yang diterima.

“Mengecat badan haiwan bukan hiburan sebaliknya satu kesalahan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 205 kerana termasuk dalam kategori penganiayaan yang boleh membawa kesan mudarat kepada kesihatan.

“Justeru, saya berharap tindakan itu dihentikan bukan saja kepada anjing malah haiwan lain kerana saya perhatian budaya ini semakin menjadi-jadi terutama ketika musim pilihan raya,” katanya.

Arie berkata, setakat Oktober lalu, pihaknya menerima 30 aduan membabitkan penderaan haiwan dengan lima daripadanya berkaitan mengecat badan anjing, kucing, lembu dan kerbau.

“Apa yang kita boleh lakukan ialah memanjangkan aduan berkenaan kepada pihak berkuasa iaitu JPV untuk haiwan domestik, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi haiwan liar dan Jabatan Perikanan,” katanya.

Perbuatan itu bukan satu gurauan sebaliknya ia perbuatan zalim dan pengianiayaan terhadap anjing tidak bersalah.

Si pelaku boleh disabitkan kesalahan dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 – iaitu khianat terhadap haiwan.

Saksi kejadian berhampiran lokasi Subang Bistari diminta tampil menghulurkan maklumat pelaku ke +6011-20901097.

Posted by Shazreen Othuman on Tuesday, November 12, 2019

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Shazreen Othuman, Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*