Gara Gara Kdekut Nak K0ngsi Air Mil0 Dengan Bella Astillah, Pihak Mil0 Tampil Beri Respon




GARA-gara pelakon Bella Astillah memuatnaik gambarnya di laman sosial menunjukkan wajah sedihnya dari dalam kereta sambil menghulurkan tangan, ia kini menjadi meme dalam kalangan warganet yang meniru aksinya sebagai bahan gurauan.

Antara meme foto Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, termasuklah perkongsian seorang pemuda di laman Twitter yang memuatnaik gambarnya juga di dalam kereta sambil memegang tin minuman Mil0, dengan aksi seperti tidak mahu berkongsi minuman dengan selebriti itu.

“Eh, beli sendirilah,” tulis pengguna Twitter itu menerusi akaun @gemsthegems sehingga tular dan dikongsi lebih 14,000 kali dengan lebih 15,000 tanda suka.

Bukan setakat pengikut laman sosial itu, malah akaun Twitter rasmi Mil0 Malaysia (Mil0) turut memberi respons kepada tweet pemuda berkenaan.

“Amboi… janganlah kedekut. Nahhh kami bagi satu karton tin Mil0 dan kongsikan dengan kawan-kawan ye,” tulis pengendali akaun Mil0 pada petang Khamis.

Gambar Gems yang diambil sendiri untuk memberi respons kepada meme Bella Astillah meraih perhatian ramai di laman sosial. -foto Twitter gemsthegems

Pengguna Twitter yang hanya mahu dikenali sebagai Gems itu berkata, dia tidak menyangka meme yang dilakukannya sekadar suka-suka meraih perhatian.

Berkongsi kisah di sebalik meme berkenaan, segalanya bermula ketika pemuda berusia 30 tahun itu sedang menunggu rakannya yang bekerja di sebuah klinik di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

“Masa tu saya dalam kereta sedang tunggu rakan saya habis bertugas di klinik. Rakan ada berikan saya satu tin Mil0 untuk minum sementara tunggu dia.

“Saya teringat gambar Bella di laman sosial yang dijadikan meme dan saya ada simpan gambar tu untuk dijadikan bahan gurauan. Jadi saya ambil gambar sendiri secara spontan sebagai meme kepada aksi dia, sekadar suka-suka,” katanya kepada mStar.

Respons Mil0 kepada perkongsiannya di laman sosial sebenarnya dianggap lucu selepas Gems yang berasal dari Ipoh, Perak itu sendiri membuat pautan kepada akaun Twitter Mil0 di bebenangnya.

“Tapi kelakar apabila Mil0 kata saya kedekut. Pada masa sama, saya rasa bertuah sebab Mil0 nak berikan satu karton tin Mil0 kepada saya.

“Mil0 ada DM (mesej peribadi) minta butiran saya dan memaklumkan untuk menghantar satu karton kepada saya dijangka minggu depan. Harapnya adalah nanti,” tambahnya.

Gems yang merupakan pelukis ilustrasi itu bagaimanapun meluahkan rasa kesalnya kerana menggunakan gambar Bella sebagai bahan gurauan di laman sosial.

“Walaupun sekadar meme, tapi rasa bersalah sangat pula guna gambar dia. Saya rasa nak tebus rasa bersalah tu dengan memberikan satu tin minuman Mil0 kepada Bella.

“Saya ada DM Bella di akaun Instagram dia fasal hal ni, kalau dia ada respons lebih awal, saya akan beri satu tin kalau dia sudi.

“Kalau tak ada respons, dan kalau Mil0 memang betul-betul beri satu karton yang ada 24 tin Mil0, saya akan kongsikan dengan Bella,” ujar anak bongsu daripada empat beradik itu.

Gems bagaimanapun menegaskan kesudiannya itu bukan mahu memikat Bella yang diketahui kini berstatus single, tetapi bagi menebus rasa bersalahnya.

“Dapat kongsi tin Mil0 yang saya dapat dan bergambar bersama Bella pun OK! Jangan bimbang, saya sudah berpunya,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MSTAR ONLINE

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*