Shuib Digelar Riak Krana Suka Tayang Kereta Mewah. Ini Komen Padu Shuib Tentang Tuduhan Tersebut




Jika sebelum ini, pelawak terkenal tanah air, Shuib Sepahtu sering dikaitkan dengan pembabitannya dalam memodifikasi motosikal Ysuku. Kali ini, dia menarik perhatian netizen sekali lagi apabila memuat naik gambar bersama kereta-kereta mewah berkuasa tinggi.

Menurut suami kepada Siti Sarah Raisuddin ini, niatnya hanya mahu berkongsi minatnya terhadap kereta berkenaan.

Jangan follow saya kalau tak suka

Oleh sebab suka memuat naik gambar kereta mewah, terdapat segelintir netizen yang beranggapan bahawa dia suka menunjuk-nunjuk kemewahan diri. Bagaimanapun,  Shuib menjelaskan bahawa dia hanya berkongsi minatnya terhadap kereta melalui laman sosial miliknya.

Bukan niat saya menunjuk-nunjuk, tapi berkongsi apa yang memang saya suka. Kalau ada yang tidak suka atau tak selesa, jangan follow saja saya.

“Bukan niat saya menunjuk-nunjuk, tapi berkongsi apa yang memang saya suka. Kalau ada yang tidak suka atau tak selesa, jangan ‘follow’ saya.

“Semuanya disebabkan minat dan apabila minat saya berusaha serta bekerja keras. Apa yang saya buat adalah untuk memotivasi diri saya,” ujarnya.kata penyampai radio Hot FM itu.

Tindakannya itu mengundang rasa tidak senang netizen apabila ada yang menempelak pengacara, pelakon dan pelawak itu yang disifatkan sebagai ri4k dan suka menunjuk-nunjuk.

Malah, ada yang tidak selesa dan berasakan Shuib bagaikan terikut-ikut sesetengah pihak yang sengaja mahu menayang kemewahan mereka di laman sosial.

Antara gambar yang bertebaran di laman sosial ialah Shuib bersama koleksi kereta mewah seperti McLaren 650s, Porsche GT4, Camaro Chevrolet, Mustang dan Dodge Challenger SRT.

Menerusi carian di laman web pula menunjukkan harga kereta berkenaan mencecah lebih jutaan ringgit mengikut pasaran.

Setiap perkongsi muat naik kereta itu turut mendapat reaksi rakan artis yang rapat dengannya seperti Nabil Ahmad dan Zizan Razak.

Perkongsian itu juga mendapat lebih 200 ribu tontonan dan hampir 100 ribu tanda suka daripada pengguna Instagram.

Sebelum ini, media pernah menebak dirinya sebagai jutawan, namun Shuib merendah diri dan menafikan perkara itu

Sebagai motivasi diri

Nilai harga kereta yang mencecah jutaan ringgit itu disifatkan sebagai pemangkin motivasi dirinya untuk terus berusaha dalam kerjaya. Shuib turut menafi dakwaan media sebelum ini yang mengatakan dirinya seorang jutawan.

Saya minat dan apabila minat, saya berusaha serta bekerja keras. Apa yang saya buat adalah untuk memotivasi diri.

Antara gambar posting di Instagramnya

Tidak lama selepas itu, Shuib memuat naik 1 lagi gambar tapi kali ini bukan dengan kereta mewah. “Boleh jadi headline tak??? #volvo240gl”

Hehe! padu perli shuib …

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : OH BULAN via Cerita Rakyat

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*