Pakcik Ini Jual Roti Canai 50 Sen Sebiji Sejak 50 Tahun Lalu Demi Saham Akhir4t




Peningkatan kos bahan mentah tidak menghalang seorang bekas tentera di Kampung Padang Pak Amat, Jalan Jeram Pasu di sini menjual roti canai pada harga 50 sen sebiji sejak tiga dekad lalu.

Md Kamil Abdullah, 61, juga menganggap harga serendah adalah sebahagian ‘pelaburannya’ di akhirat selain mahu membantu penduduk kampung yang hanya menoreh getah menikmati keenakan roti canai.

Md Kamil berkata, dia tidak pernah menyesal menjual roti canai pada harga murah sejak tahun 1988 walaupun ada peniaga lain yang kurang senang.

“Saya sudah memberitahu mereka itu adalah sebahagian sedekah kepada masyarakat sekitar,” katanya yang berniaga di Kampung Padang Pak Amat, Jalan Jeram Pasu dekat sini.

Menurutnya, rezekinya tidak pernah putus malah melimpah ruah apabila orang ramai terus membanjiri gerainya dan setiap hari dia mampu menjual 800 hingga 1,000 keping roti canai apabila dibuka pada jam 3 petang.

Md Kamil berkata, gerainya dibuka setiap hari kecuali Selasa dan dia dibantu isteri Maizan Shaari, 52, serta empat anaknya.

Katanya, paling menggembirakan kesemua lapan anaknya yang berusia antara 30 hingga enam tahun mampu menebar roti canai.

“Selain roti kosong, saya juga menjual roti canai telur dengan harga RM1 dan RM2 untuk martabak. Gerai saya ditutup jam 10 malam,” katanya.

Md Kamil juga berbangga apabila anak sulungnya mengikut jejak dengan menjual roti canai pada harga sama di Kampung Aur Gading, Kuala Lipis Pahang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Kotak Media

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*