Perlawanan Berakhir Dengan Indonesia Terpaksa Akur Dengan Kekalahan Berturut Turut Dalam Lima Perlawanan.

KUALA LUMPUR: Malaysia menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad Garuda bimbingan Yeyen Tumena yang mengharungi perjalanan lebih 1,200 kilometer itu terpaksa pulang hampa apabila gagal membawa sebarang mata sejak kali terakhir mereka memenangi perlawanan di Malaysia adalah 14 tahun lalu pada aksi Piala Tiger 2005.

Pemain Malaysia, Muhammad Safawi Rashid meraikan jaringan pertama perlawanan pada kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia diantara Malaysia menentang Indonesia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Foto Eizairi Shamsudin

Lebih membanggakan, Harimau Malaya menguasai ‘Derbi Nusantara’ itu dengan ‘agregat’ 5-2 selepas mereka turut menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta sebelum ini dan Indonesia terpaksa akur ‘terbenam’ di tangga tercorot Kumpulan G kerana tewas semua lima perlawanan.

Babak pertama menyaksikan Indonesia lebih banyak bertahan namun mereka jelas berbahaya menerusi serangan balas pantas yang beberapa kali berjaya memerangkap pertahanan Malaysia.

Pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha (2 , kiri) cuba melepasi kawalan pemain Indonesia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Bagaimanapun Malaysia memanfaatkan situasi bola mati apabila sepakan percuma yang diperolehi pada minit ke-29 disudahkan dengan cantik oleh Safawi Rasid untuk tuan rumah mendahului 1-0.

Bersambung babak kedua, Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi gamat pada minit ke-72 apabila gawang Indonesia dibolosi buat kali kedua selepas rembatan deras Safawi menewaskan Muhammad Ridho yang jelas tidak dapat berbuat apa apa untuk menyelamatkan percubaan terbabit.

Indonesia mendapat sedikit harapan untuk bangkit selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-82 namun segalanya serba tidak menjadi buat pelawat apabila penjaga gol gantian, Farizal Marlias menangkap kemas sepakan penalti Osas Marvellous Ikpefua.

Pemain pasukan Malaysia Aidil Zafuan mempertahankan kubu pertahanan Malaysia ketika diasak pemain Indonesia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil . – Foto BERNAMA

Harimau Malaya benamkan Garuda

Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Skuad kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe bermula agak garang apabila penyerang negara, Safawi Rashid berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-30.

Bagaimanapun, jaringan tersebut disambut dingin oleh penyokong lawan apabila berlaku provokasi beberapa minit selepas Malaysia merobek gawang Indonesia.

Namun, insiden tersebut tidak menganggu perlawanan, sebaliknya  beberapa cubaan terus dilakukan oleh pemain negara.

Aksi hebat dipamer pemain negara nyata tidak mampu disekat skuad kendalian Yesyen Tumena apabila ego skuad Garuda sekali lagi disentap menerusi jaringan kedua Malaysia.

Aksi cemerlang Safawi sekali lagi berjaya membolosi gawang Garuda pada minit ke-72.

Perlawanan berakhir dengan Indonesia terpaksa akur dengan kekalahan terturut-turut dalam lima perlawanan.

Kemenangan tersebut sekaligus menyaksikan Malaysia menambah tiga lagi mata menjadikan sembilan kutipan selepas menamatkan lima perlawanan.

Keputusan ini juga mencerahkan peluang ke Pusingan Akhir Piala Asia 2023 di China.

Selepas menentang Indonesia, Malaysia dijadualkan berdepan UAE di Dubai pada 26 Mac 2020, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020, sebelum menamatkan aksi pusingan kelayakan menentang Thailand pada 9 Jun 2020 di tempat lawan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Astro Awani, Berita Harian

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*