Tak Sangka, Ini Pekerjaan Safawi Rasid Sebelum Beliau Menjadi Pemain Bola Hebat

Safawi Rasid berjaya melunaskan dua gol dalam perlawanan menentang Indo.nesia dalam aksi Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa.

LAHIR daripada keluarga besar membuatkan, penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia, Muhammad Safawi Rasid pernah menjadi tukang rumah bagi membantu bapanya mencari pendapatan sampingan.

Sehubungan itu, peminat bola sepak tempatan telah membanj1ri laman Instagram bintang bola sepak ini menitipkan ucapan terima kasih atas kecemerlangannya beraksi di halaman send1ri.

Apa pun, jom lihat latar belakang bintang sukan hebat ini;

1. Dilahirkan pada 5 Mac 1997 di Dungun Terengganu dan diberi nama Muhammad Safawi bin Rasid.

2. Merupakan anak kesembilan daripada 13 adik beradik.

3. Pernah bekerja sebagai tukang rumah sewaktu masih bersekolah dengan membantu ayahnya bagi menyara ahli keluarga.

4. Sekiranya tidak bergelar pemain bola sepak, dia bercita-cinta untuk menjadi seorang doktor. Difahamkan ketika di rumah, dia akan bertanggungjawab merawat luka ahli keluarga andai ada yang cedera.

5. Ledakan gol Safawi menerusi tendangan voli kaki kidal hampir menyamai jaringan bekas tonggak Manchester United, Robin van Persie ketika bertemu Aston Villa pada 2013.

6. Bergelar pemain bolak sep4k, namun dia mengakui lebih meminati sukan takraw. Ulasnya, dia terpaksa membuat pilihan sama ada untuk meneruskan sepak takraw atau bola sep4k sewaktu berada di Tingkatan 4.

7. Sukakan wanita yang berpenampilan sederhana dan menjaga solat.

8. Pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa selebriti terkenal seperti Syifa Melvin, Anim Ezati, Wany Kayrie dan Ruhainies.

Ditemui ketika sesi latihannya di Padang Latihan Sime Darby FC, Bukit Jelutong, Shah Alam pada Khamis, Safawi atau lebih mesra disapa Pawi sempat memberitahu ciri-ciri gadis idamannya…

Nak tahu apakah ciri-ciri gadis idamannya itu? Saksikan video ini…

Harimau Malaya benamkan Garuda

Pemain Malaysia, Muhammad Safawi Rashid meraikan jaringan pertama perlawanan pada kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia diantara Malaysia menentang Indonesia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Foto Eizairi Shamsudin

Malaysia berjaya menvmpaskan Indo.nesia 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Skuad kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe bermula agak garang apabila penyerang negara, Safawi Rashid berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-30.

Bagaimanapun, jaringan tersebut disambut dingin oleh penyokong lawan apabila berlaku provokasi beberapa minit selepas Malaysia mer0b3k gawang Indo.nesia.

Pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha (2 , kiri) cuba melepasi kawalan pemain Indo.nesia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Namun, insid3n tersebut tidak menganggu perlawanan, sebaliknya  beberapa cubaan terus dilakukan oleh pemain negara.

Aksi hebat dipamer pemain negara nyata tidak mampu disekat skuad kendalian Yesyen Tumena apabila ego skuad Garuda sekali lagi disent4p menerusi jaringan kedua Malaysia.

Aksi cemerlang Safawi sekali lagi berjaya membolosi gawang Garud4 pada minit ke-72.

Perlawanan berakhir dengan Indo.nesia terpaksa akur dengan kekalahan terturut-turut dalam lima perlawanan.

Kemenangan tersebut sekaligus menyaksikan Malaysia menambah tiga lagi mata menjadikan sembilan kutipan selepas menamatkan lima perlawanan.

Pemain pasukan Malaysia Aidil Zafuan mempertahankan kubu pertahanan Malaysia ketika diasak pemain Indonesia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil . – Foto BERNAMA

Keputusan ini juga mencerahkan peluang ke Pusingan Akhir Piala Asia 2023 di China.

Selepas menentang Indonesia, Malaysia dijadualkan berdepan UAE di Dubai pada 26 Mac 2020, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020, sebelum menamatkan aksi pusingan kelayakan menentang Thailand pada 9 Jun 2020 di tempat lawan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber Foto : Instagram Safawi Rasid via MH, mstar online

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*