Bersyukur dari ank umur Satu bulan hingga sekarang tak pernah kacau bangun malam lepas ikut tips ini

Yang pernah melaluinya, pasti teringat akan peritnya terbangun tengah malam apabila terdengar suara bayi menangis. Yang mana sebelum ini biasa tidur lena, bila hadirnya anak kecil, tidur terganggu. Tetapi ini hanyalah perkara biasa sahaja dan usah dirisaukan sangat.

Bagi yang bakal menjadi ibu bapa, tidak perlu terpengaruh dengan kata-kata orang di sekeliling.

Ingat, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Apa yang penting adalah bersedia dan rajinkan mencari dan membaca tips dari pakar.

Seperti yang dikongsikan oleh Tuan Ahmad Syakir Amran, mengenai tips lenakan tidur malam bayi ini mendapat banyak reaksi golongan ibu bapa.

Nampak mudah, tetapi tips nombor tiga agak perit sedikit dan ibu bapa perlu kental untuk seminggu yang pertama. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.

KAWAN-kawan yang baru dapat baby atau bakal mendapat baby, korang boleh cuba tips ini.

InshaAllah berkesan dan tidur malam korang juga tidak akan terganggu.

Sebelum tidur malam, tukar pampers baby siap-siap, bagi dia selesa. Kalau baby bangun menangis malam,

biarkan dulu dia menangis 5-10 minit, baru bagi susu. Jangan biasakan bila menangis terus bagi susu sebab nak tukar mind set baby. Yang ini agak perit sikit tetapi kena kental. Tengok macam kesian, tetapi cuba dulu untuk tempoh seminggu. Alhamdulillah dari umur Raiesya 1 bulan sampailah

sekarang dia tak pernah bangun malam. Tips ini saya belajar dari Consultant Paediatric Dr. Tan Eng Kian dari Salam Hospital Shah Alam masa saya check up anak saya, Raiesya. Apa-apa hal, korang boleh rujuk dengan beliau yang banyak lagi tips berguna, yang anda boleh pelajari dari dia. Okey, good luck!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Tuan Ahmad Syakir Amran via Era Kini

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*