Cikgu Dedahkan Anak Murid Berbangsa lndia Fasih Baca D0a Bahasa Ar4b. Ini Komen Ibu Kepada Murid Tersebut Selepas Itu

JOHOR – Pada kebiasaannya, Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dipenuhi kanak-kanak Melayu dan beragama Islam kerana sistem pendidikan di situ berasaskan pembelajaran agama Islam.

Namun berbeza dengan sebuah Pasti di Johor kerana mempunyai seorang murid berbangsa lndia.

Walaupun berbeza kaum dan agama, namun kanak-kanak itu tidak kekok belajar dan lebih mengujakan dia fasih membaca beberapa d0a dalam bahasa Arab.

Perkara tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama IsmaJannah yang merupakan guru di tadika tersebut yang telah memuat naik beberapa gambar kanak-kanak itu yang bernama Reshannya.

Walaupun berbangsa lndia, Reshannya tidak kekok belajar di Pasti.

Isma turut berkongsi maklumat melalui hantaran yang dimuat naik yang mengatakan kanak-kanak tersebut boleh membaca beberapa d0a seperti d0a makan dan d0a belajar dalam bahasa Arab.

“ Adik Reshannya, pelajar yang cukup istimewa daripada Pasti kami. Fasih membaca d0a makan dan d0a sebelum belajar dalam bahasa Arab,” tulisnya.

Perkongsian tersebut kini tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada warganet dan rata-rata mereka memuji tindakan murni ibu bapa Reshannya di samping mendoakan kecemerlangan buat kanak-kanak tersebut.

Netizen juga turut mengagumi ibu bapa Reshannya dan kanak-kanak itu kerana bukan mudah sebenarnya untuk mempelajari bahasa Arab.

“ Sangat positif ibunya. Kami bangga dengan keluarga puan. Semoga anak puan menjadi anak yang cemerlang,” tulis Are Zam di Facebook.

Hairunnisa Kamaruzaman pula menulis, “Comelnya dia. Sahaja nak kongsi, ramai sahabat bukan Muslim salah faham agama Islam ini untuk umat Islam. Bukan, agama Islam ini ALLAH ciptakan untuk semua tidak kira bangsa dan agama. Semua dialu-alukan untuk belajar.”

RESPOND BANGGA DARIPADA IBU

Dalam pada itu, ibu kepada Reshannya turut memberi komen di dalam hantaran yang dimuat naik oleh Isma yang tidak kisah anaknya bersekolah di sekolah tersebut dan berterima kasih kepada netizen kerana memberi kata-kata positif kepadanya.

“ Saya mak Resha. Saya memang tak kisah anak saya belajar semua ini. Saya bangga lagi. Terima kasih semua yang memberi komen. “Saya macam biasa sahaja, tiada apa yang beza dengan ibu-ibu lain cuma saya nak anak saya belajar semua tidak kira agama apa pun. Agama Islam ini akan didik anak saya dengan baik,” tulisnya.

Reshannya merakamkan gambar bersama rakan-rakannya di Tadika Pasti.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : SINAR HARIAN

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*