“Lagu Dah La best, Cameraman Asyik Fokus Dekat Wife Hafiz Je”- Netizen

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara lantang, Hafiz Suip apabila setiap kali lagu-lagu yang dinyanyikan olehnya sentiasa menjadi kegemaran ramai. Bukan itu sahaja, lagu Kisah Antara Kita nyanyian Hafiz juga turut tercalon dalam Semi Final Muzik Muzik ke 34 baru-baru ini. Jarang sekali lagu yang dibawa Hafiz tidak tercalon kerana vokalnya sentiasa mantap.

Lebih menarik lagi, ketika Hafiz sedang melakukan persembahan di Semi Final Muzik Muzik 34, juru kamera sempat memfokuskan kamera kepada isteri Hafiz yang dikenali sebagai Nureffy Jasreel Abdullah sehingga menjadi perbualan netizen di laman sosial media.

Walaupun Nureffy sedang hamil bayi kedua, dia tetap kelihatan cantik. Kecantikan yang dimiliki Nureffy turut dipuji oleh netizen menerusi ruangan komen.

“Cantik sungguh isteri dia,” tulis salah seorang netizen.

Selain itu, persembahan lagu Kisah Antara Kita mendapat pujian ramai apabila lagu yang disampaikan Hafiz penuh dengan penghayatan dan jarang sekali mengecewakan penonton serta peminat-peminatnya.

Ramai netizen berpendapat nyanyian Hafiz secara live tidak ubah suaranya seperti yang sering berkumandang di dalam radio.



Sementara itu, lagu Kisah Antara Kita antara 30 lagu yang telah tersenarai bagi separuh akhir Muzik Muzik 34. Lagu tersebut adalah lirik ciptaan Dato A. Aida dan hasil gubahan komposer Ikhwan Fatanna serta Ayden Ali.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Twitter iamajayrahman

KreditInformasi Viral

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*