PeIik Pelajar Asyik Ponteng, Cikgu Maisarah Akhirnya Pergi Sendiri Ke Rumah Pelajarnya Dan Tak Sangka Boleh Menitis Air Mata Dia




Guru ini pernah tular suatu ketika dahulu di mana beliau berkongsi kisah pelajarnya yang cuma meneguk air kosong ketika di sekolah kerana wang saku RM2 yang dibawa cukup untuk tambang bas pergi dan balik.

Namun itu hanya sebahagian sahaja yang diceritakan. Hampir setiap hari beliau akan berdepan pelajar bermasalah atas kapasitinya sebagai guru bimbingan dan kaunseling sekolah.

Cikgu Maisarah Hannan Chong Abdullah, 34, berkata rata-ratanya dirujuk kepada beliau oleh guru kelas pelajar berkenaan disebabkan isu kehadiran, kurang tumpuan di dalam bilik darjah serta lemah akademik.

Sama ada kebetulan atau tidak, hakikatnya dalam semua pelajar dikendalikan beliau, majoriti mereka berlatarbelakangkan keluarga berpendapatan rendah.

” Soalan awal saya kepada pelajar ketika sesi kaunseling akan berkisarkan mengenai bagaimana mereka datang ke sekolah setiap hari, apa mereka makan pada hari itu, berapa duit belanja dibawa dari rumah dan lain-lain berkaitannya.

” Kebanyakan jawapan yang saya terima memang boleh menitiskan air mata. Ada antara mereka bukan saja tidak makan sebelum ke sekolah malah tidak juga membawa duit belanja mahupun bekal makanan dari rumah.

” Lebih menyedihkan, ada pula berjalan kaki seorang diri ke sekolah sedangkan jarak dari rumah mereka bagi saya sangat jauh,” kata Maisarah.

Bertugas untuk sesi petang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Konven St Cecilia, Sandakan, Sabah, Maisarah berkata, sesi kaunseling turut mendedahkan pelbagai aspek lain di rumah yang hampir pasti menjadi pendorong kepada terjadinya masalah di sekolah.

Antaranya, masalah keluarga seperti bapa gagal dikesan justeru ibu berseorangan menggalas tanggungjawab mencari nafkah untuk anak yang mencecah belasan orang.

Disebabkan keadaan itu juga, ada pelajar yang ponteng sekolah semata-mata ingin membantu ibu mencari rezeki apa lagi memikirkan untuk ke sekolah pun bukannya dekat dan perlu berjalan kaki.

” Apabila ditanya lanjut, ada juga pelajar yang cuma makan nasi berlaukkan garam di rumah. Apabila beras mulai susut, buburlah santapan mereka sekeluarga.

” Jika berkelapangan, saya akan ke rumah mereka untuk lihat keadaan tempat tinggal serta bertanya sendiri dengan ibu pelajar berkenaan.

” Dan realitinya, memang ada antara mereka yang menahan lapar untuk teruskan hidup. Justeru hadir sekolah tidak lagi penting sebaliknya mencari sesuap nasi jadi keutamaan,” katanya.

Antara pelajar yang menikmati makanan percuma

Rentetan itu, guru yang berasal dari Tawau ini mula mencari inisiatif untuk membantu pelajar miskin di sekolahnya bagi memastikan mereka tidak kelaparan ketika belajar di sekolah.

Bermula Mac tahun lalu, dengan duit sendiri, Maisarah menyediakan 15 hingga 20 pek makanan bermodalkan sekitar RM1 setiap satu yang diletak di rak khas di luar bilik guru sekolah terbabit pada setiap Selasa, Rabu dan Jumaat.

Disambut baik pihak pengurusan sekolah untuk melaksanakannya, Maisarah menyediakan makanan seperti kuih, mi goreng, nasi lemak dan roti itu yang ditempah, dibeli atau dimasak sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : hmetro

Kredit: Cikgu Maisarah / Malaysia United

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*