(Video) Tersingkir Di Minggu Kelapan, Ini Respon Roy Terhadap Komen Ramli MS




” Roy tersingkir kerana stagnant. Tiada pembaharuan atau warna dari segi persembahan beliau”

Itu antara kata-kata Datuk Ramli MS yang menjelaskan punca Roy gagal meneruskan perjuangan pada konsert kelapan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada Ahad.

Roy yang membawakan lagu Seniman Menangis menerima markah sebanyak 55 peratus daripada juri sekaligus menjadikannya menduduki prestasi paling rendah.

Menurut Datuk Ramli MS lagi yang juga juri tetap, dia melihat persembahan peserta pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Roy stagnant dan tidak ada warna membuatkan persembahannya pada malam itu tiada pembaharuan dan kelainan.

” Kita melihat dari minggu ke minggu di situ sahaja. Jadi kami sebagai juri sepakat dengan pemberian markah.

” Sejujurnya jika dia nyanyi lagu apa sahaja pun saya okay asalkan setiap peserta itu berkarya dalam persembahan mereka.

” Tapi persembahan dia, saya boleh kata its just okay. Saya perasan dia asyik ulang benda sama. Sepatutnya sekali sahaja dah okay tapi not all the time,” katanya kepada wartawan.

Sementara itu, peserta yang mara ke minggu hadapan ialah Wann, Norshila Amin, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Hady Mirza, Jatt Black Dog Bone, dan kumpulan One Nation Emcee.

Pada minggu suku akhir, minggu depan kesemua peserta akan mempersembahkan lagu bertemakan lagu dari komposer dulu dan sekarang.

Selain Ramli atau Tok Ram, kesemua peserta diadili seorang lagi juri tetap iaitu Hetty Koes Endang selain komposer lagu terkenal, Fauzi Marzuki dan pelakon Datuk Tamimi Serigar sebagai juri jemputan.

GV6 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Dalam pada itu, penyanyi Datuk M Daud Kilau menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.

Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Roy manakala Anugerah Bintang Cili Padi pula dimenangi oleh Naqiu Boboy.

GV6 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim keenam bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

“Saya Akan Kembali Buat Busking” – Tersingkir Di Minggu Kelapan, Roy Terima Hakikat

Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Roy menerima hakikat apabila namanya diumumkan sebagai bintang kelima yang tesingkir.

Roy berada di tangga terendah apabila menerima markah 55 peratus selepas membuat persembahan lagu Seniman Menangis nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah.

Menurut Roy, dia sudah menjangkakan perjuangan dalam GV2019 hanya bertahan setakat minggu kelapan sahaja.

“Saya dah agak sebab tahu lagu-lagu saya bukan lagu konsert. Lagu-lagu saya lebih kepada lounge dan tiada cabaran.

“Sepatutnya saya perlu nyanyi lebih baik daripada Datuk Jamal tapi ditambah pula dengan masalah kesihatan, saya terpaksa berjaga-jaga supaya suara tak pecah.

“Saya reda dengan apa jua keputusan, mungkin inilah yang terbaik buat saya,” katanya.

Roy ditemui selepas membuat persembahan konsert minggu kelapan GV2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Tambah Roy lagi, dia akan kembali membuat persembahan secara busking selepas keluar daripada GV2019.

“Saya masih aktif menyanyi tapi peluang untuk membuat persembahan dah kurang. Sekarang lain, mereka mencari orang yang lengkap pakej.

“Saya hanya ada patriotik sahaja. Ada juga orang beri tawaran menyanyi tapi tak banyak. Sekarang orang nak yang ada hensem, vokal nombor dua pun tak apa. Saya ni buncit, siapa nak panggil.

“Saya perjuangkan apa yang ada selagi boleh, tepi jalan pun tepi jalan lah. Saya tak kisah menyanyi busking sebab memang dah niat lepas keluar GV2019,” ujarnya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber :mstar

Kredit: malaysia united/gempak

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*