Mak Ayah Sudah Berpisah, Kanak Kanak Bawa Adik Kecil Meniaga Donat Tepi Jalan Sampai Malam




Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu yang boleh disimpulkan dengan nasib seorang kanak-kanak yang bertungkus lumus mencari rezeki hingga lewat malam.

Di kala kanak-kanak yang lain bersekolah, kanak-kanak lelaki ini nekad membantu ibunya mencari pendapatan bagi menyara keluarga dan adik perempuannya yang masih sekolah.

Biarpun terpaksa menjual sehingga lewat malam, dia tetap teruskan asalkan 10 bekas donat yang dibawanya habis dibeli orang.

Kegigihan kanak-kanak itu menarik perhatian seorang gadis yang kemudian datang bertanya mengenainya, lalu dimuat naik ke Twitter dan meminta orang ramai yang prihatin membantu adik ini.

” Di sekitar kampus aku, ada seorang budak jual donat di tepi jalan. Dia kata dia telah ditinggalkan oleh bapanya. Ibunya pula bekerja di kedai dobi.

” Dia mempunyai seorang kakak dan dua lagi adik yang masih kecil. Tiga daripada mereka tidak dapat meneruskan persekolahan kerana masalah bebanan kewangan.

” Bila balik, aku selalu nampak dia. Dan malam semalam aku nampak dia masih lagi menjual donut sampai tertidur-tidur, dia bawa adik dia sekali. Bila ditanya, dia kata dia berniaga sampai jam 11 malam.

” Dia kata, adiknya hanya ikut dia menjual donat di sebelah malam sahaja. Di waktu siang, adiknya bersekolah. Kakak dia yang berhenti sekolah dulu, tapi akan sambung nanti dan begitulah seterusnya (ikut giliran).

” Donat yang dia jual enak dan empuk. Harganya 3,000 rupiah (RM0.90) satu dan ada pelbagai rasa. Dia jual di sekitar kampus dan setiap hari dia jual lebih kurang 10 bekas.

” Kepada yang mereka yang selalu melalui kawasan ini, kalau ternampak adik ni, tolonglah beli donat dia. Kadang-kadang dia gembira sangat kalau kita beli donut dia, sedekahlah sedikit wang untuk dia beli makanan,” katanya.

Susulan dari tweet itu viral, ramai pihak yang tampil membantu, malah ada yang mahu menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai.

” Terima kasih banyak yang bantu share dan retweet serta doa buat adiknya. Semoga kebaikan anda dibalas olehNya.

” Alhamdulillah hari ini aku sudah bertemu dengan adik Naufal dan juga ibunya. Sumbangan dari orang ramai telah disampaikan kepada mereka.” katanya.

Perkara itu juga mendapat perhatian dari pihak agensi kerajaan yang kemudian mendapati adik Naufal mahu berhenti sekolah kerana ingin membantu ibunya. Ibu bapanya juga telah berpisah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : thereporter

Kredit : malaysia united

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*