Cik B Pernah Didera Masa Kecil. Ini Kisah Cik B Yang Buat Ramai Netizen Sebak




Kalau disebut nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin mungkin ramai yang tidak mengenalinya, tetapi jika disebut dengan panggilan manjanya, Cik B, anak gadis kepada Dato’ Seri Vida ini pasti dikenali ramai.

Baru-baru ini Cik B bercerita kisah hidupnya ketika kecil di Twitter yang mendapat perhatian ramai. Bukan sebarangan cerita, Cik B membuka kisah dia did3ra ketika kecil oleh pembantu rumah, serta kisah ayah kandungnya.

“Masa cikb kecik cikb selalu kena d3ra dengan bibik. Cikb kena kurung, kena pukul, kena semualah pastu masa cikb kecik ayah kandung cikb d3ra mama jugak. Pukul-pukul sampai nak bakar rumah sebab mama tak kasi duit. Ayah cikb kaki mabuk kaki rempit semua kaki dia ada

“Cikb ingat lagi yang cikb kena pukul pakai buluh dengan bibik. Tapi cikb tak bagitahu mama sebab cikb kesian dengan bibik tu nanti kena marah dengan mama. Bibik tu pilih kasih, dia sayang anak yang ke 2 dan kacak Tapi cikb dgn abang sulung kena d3ra,” tulis Cik B di Twitternya yang menggunakan akaun @HavocCikb.

Tambah Cik B lagi, ayah sering mengugut ibunya untuk memotong tangan abang kepada Cik B jika tidak diberikan wang. Malah, Cik B juga pernah dilarikan oleh ayah kandungnya itu.

“Ayah cikb pulak selalu ugut mama nak potong tangan abang cikb Kalau tak kasi duit. Lepas tu ada satu hari tu ayah cikb bawak lari cikb ke rumah dia. Lepas tu mama pun ambil cikb balik rumah sampai gaduh-gaduh dengan ayah kandung cikb.

“Bila mama tengok cctv dia nampak cikb kena d3ra terus mama balik pecat dia (bibik). Tapi cikb pun kesian lah dengan dia macam mana dia nak kerja nanti sebab bibik tu pun kaki dadah pastu asyik-asyik isap rokok bila mama selalu takda rumah.

Menurut Cik B lagi, walaupun ibu dan ayahnya sudah bercerai namun setiap bulan ayahnya masih meminta wang daripada ibunya.

“Walaupun mama dengan ayah cikb dah cerai setiap bulan dia mintak duit Tapi mama pun kasi jelah.

“Mama sebenarya dulu kena buang dgn mak mama sendiri pastu mok jah,abah ajit jaga mama. Tapi bila mama besar mama cari mak mama balik,” tulis Cik B lagi.

Kisah yang ditulis oleh Cik B di Twitternya mendapat hampir 11,000 Retweet dan hampir 18,000 likes.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : GEMPAK DOT COM

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*