Anak Tunggal Nassier Wahab Luah Perasaan Rindu Kepada Ayahnya Mengundang Sebak Netizen

ANAK tunggal kepada Allahyarham Datuk Nassier Wahab meluahkan rasa rindu kepada bapanya yang meninggal dunia pada pagi Khamis.

Intan Najihah, 22, berkata, dia rindu untuk memegang tangan bapanya dan memuat naik foto-foto kenangan berpimpin tangan bersama arwah Nassier.

“Rindu nak pegang tangan ayah” luahnya kesedihan itu

Penyanyi yang popular dengan lagu Memori Cinta Luka itu menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 12.45 pagi Khamis selepas muntah darah.

Allahyarham menderita penyakit kanser gusi sejak lima tahun lalu dan sudah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya pada 1 Jun lalu.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada pukul 11.30 pagi Khamis di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah, Klang.

Sebelum ini, Intan meluahkan kesedihan dan menggambarkan bapanya menanggung kesakitan kerana penyakit itu.

“Ayah, tenanglah di sana… Rehat lah selama-lamanya. Cukup kesakitan yang ayah tanggung selama ini. Suatu masa nanti kita akan bertemu lagi. Jiah sayang ayah,”

“Kembalilah, saya sangat memerlukan ayah. Kesakitan ini sukar untuk diluahkan.

“Saya merinduimu ayah… Saya sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan satu perbualan terakhir antara kita, satu pelukan terakhir dan satu lagi kata-kata semangat untuk saya menempuhi ujian ini” katanya lagi.

Sementara itu, rata-rata pengikutnya turut meninggalkan kata-kata semangat serta mendoakan yang terbaik buat Intan sekeluarga.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : MSTAR ONLINE

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*