Pencipta ‘Keluang Man’ Pergi Buat Selamanya. Al-Fatihah!

Pencipta dan penerbit siri animasi digital Keluang Man yang turut dinobatkan tokoh penglipur lara animasi Malaysia, Kamaruddin Ismail, 63, meniinggaI dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 4.15 petang tadi.

Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail meniinggaI akibat serangan jantung dan komplikasi penyakit lain seperti buah pinggang.

Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas), Amir Hamzah Hashim yang dihubungi Harian Metro berkata, Allah yarham sudah mendapatkan rawatan lanjut di PPUM hampir dua bulan.

“ Saya mewakili Amimas berasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang banyak berjasa dalam bidang animasi tanah air.

“ Sepanjang pembabitan 4rwh dalam animasi, dia tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada era 90-an melalui penerbitan animasi Usop Sontorian,” katanya.

Amir berkata, Allahyarham juga pernah menggalas jawatan Presiden Animas kerana jasanya terhadap industri.

Menurut Amir, jn4zah Allahyarham dimandi, kafan dan disolatkan di Masjid Assalam PJS 3, Petaling Jaya dan dijangka dikebumikan selepas solat Maghrib

Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuuburan Islam, Bukit Tandang, Petaling Jaya.

Pada 1997 Allahyarham pernah mencipta dan menerbitkan animasi Keluang Man melalui kaedah hibrid animasi 2D dan 3D.

Malah, animasi beliau juga pernah dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik FFM 2004 dan 2005 melaui animasi KUMANG Legenda Sarawak dan Animasi Legenda Kinabalu.

Pada 1 April 2018, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama Animas menobatkan Allahyarham sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia di malam kemuncak Anugerah Kartunis dan Hari Kartunis 2018 di Muzium Negara.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber  : hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*