Dengan Sekali Lafaz, EizIan Yusof Sah Bergelar Suami Kepada Gadis Jelita Ini

Sama cantik sama padan, hanya dengan sekali lafaz pelakon, Datuk Seri EizIan Yusof, 48, selamat menjadi suami kepada Natasha Rosa Boudville, 29, pada majlis pernikahan yang berlangsung di The Glass Suite, Boraombak Marina, di sini, sebentar tadi.

Bapa kepada anak tiga itu menamatkan zaman duda dengan wanita berketurunan Serani yang juga kakitangan pengurusan kanan hotel lima bintang di ibu negara, tepat jam 3.28 petang.

Pasangan itu dinikahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail dengan disaksikan kira-kira 100 tetamu, termasuk keluarga dan kenalan terdekat.

Mas kahwin RM80






Pada majlis itu, pengantin perempuan yang memeluk Islam pada Ogos tahun lalu, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian, selain wang hantaran RM12,121.90. Natasha turut menerima lima dulang hantaran, berbalas tujuh.

Sebelum upacara akad nikah, EizIan diarak menyeberangi tasik Marina Putrajaya menaiki bot diiringi pegawai tertinggi dan bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Majlis turut diserikan dengan upacara berbalas pantun kedua-dua pihak sebagai sebahagian daripada kemeriahan adat tradisi Melayu dalam perkahwinan.

Sah bergelar suami

View this post on Instagram

Setelah seminggu 'wajah kesayangan' Kolonel Bersekutu (PA) Dato' Sri Eizlan Yusof dirahsiakan daripada peminat dan media, akhirnya wajah misteri gadis jelita berusia 29 tahun yang berjaya membuka pintu hati beliau menjadi tatapan umum, sebentar tadi. Pelakon kacak itu sah bergelar suami kepada Natasha Rosa Boudville dengan sekali lafaz dalam majlis penuh istiadat yang cukup meriah di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya, tepat jam 3.28 petang tadi. Pasangan itu dinikahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Persekutuan, Kolonel Bersekutu (PA) Tuan Haji Mohd Ajib Ismail dengan disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan para pegawai tetap serta bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Natasha menerima mas kahwin RM80 dan sebentuk cincin berlian, selain wang hantaran berjumlah RM12,121.90.

A post shared by Budiey Channel (@budiey) on

EizIan berkata, banyak elemen kejutan yang dirahsiakan daripada pengetahuannya apabila semua urusan keseluruhan majlis disempurnakan sahabat terdekat.

” Saya sangat terharu dengan sokongan semua pihak, terutama rakan dan keluarga yang menjadikan majlis pada hari ini sangat meriah dan penuh bermakna buat kami berdua.

” Doakan perjalanan kehidupan kami sekeluarga sentiasa dilimpahi kasih sayang dan perkahwinan ini berkekalan hingga ke jannah,” katanya.




Majlis resepsi pasangan mempelai bakal diadakan di Ballroom, Boraombak Marina Putrajaya, jam 8.30 malam esok. Pada majlis itu, EizIan dan Natasha diberi penghormatan istiadat penuh APM, membabitkan perarakan silang perang oleh barisan Pegawai Bersekutu agensi terbabit serta pancaragam ‘bagpipe’.

Majlis perkahwinan membabitkan empat acara yang dianggarkan bernilai RM1 juta itu bermula dengan malam berinai bertemakan Bollywood, semalam.

Selain malam berinai, pernikahan dan persandingan, pengantin bakal diraikan sekali lagi pada majlis penghargaan yang juga resepsi terakhir di lokasi sama pada 14 Disember ini.

Terdahulu EizIan mendedahkan, Natasha yang juga berketurunan Serani, mampu menggembirakan hatinya hingga terbuka untuk berkahwin selepas empat tahun menduda.

” Sejujurnya, saya senang dengan silap kelakar dan tahan bulinya. Saya memang kuat menyakat tetapi dia cukup kebal.

Menurut EizIan lagi, Natasha memeluk agama Islam pada Ogos, tahun lalu. Namun, ia bukan kerana mahu berkahwin dengannya semata-mata.

Sebelum ini EizIan pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Vie Shantie Khan pada 2007. Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan lapan tahun.




hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zara, 11; Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaara, 6.

Malam berinai

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber  : hmetro

Kredit : Malaysia United

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*