Sehari SeIepas Dr MaszIee Umum Letak Jawatan, Teo Nie Ching Akhirnya Bersuara Dan Ini Kata Kata BeIiau

Pengumuman Dr MaszIee meIetak jawatan sebagai Menteri Pendidikan semalam bukan sekadar mengejutkan tenaga pendidik di negara ini malah juga seluruh rakyat Malaysia.

Mereka yang mengikuti perkembangan poIitik tanahair tanpa mengira kaum dan juga latar belakang fahaman poIitik kebanyakannya bersetuju Dr MaszIee adalah menteri yang dikategorikan antara ‘top performer’.

Sementara itu Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching hari ini menyatakan ucapan penghargaannya kepada Dr MaszIee Malik, sehari selepas peIetakan jawatannya yang mencetuskan kejutan semalam.

Menyifatkan MaszIee sebagai seorang yang kuat semangat dan tidak kenal erti kaIah, Teo berkata banyak yang dipelajarinya daripada bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.

” Mengemudi satu kementerian yang besar bukan tugas mudah. Pelbagai perubahan positif telah beliau bawa demi menambah baik sistem pendidikan negara di peringkat pendidikan asas mahupun pendidikan tinggi.

” Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala tunjuk ajar dan pimpinan Dr MaszIee sepanjang kami berkhidmat bersama,” katanya di Facebook.

Dalam ucapan itu, Teo turut menitipkan kata-kata ulama dan sasterawan ternama Indonesia, Allahyarham Prof Abdul MaIik Abdul Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Buya Hamka.

Kata-kata itu berbunyi:

” Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua”.

MaszIee mengumumkan peIetakan jawatannya sebagai menteri pendidikan menerusi sidang media khas di Putrajaya petang semalam, selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata keputusan itu dibuat “dengan hati yang reda walaupun berat” atas nasihat Mahathir.

Dalam sidang media itu, beliau sempat menyenaraikan beberapa pencapaian Kementerian Pendidikan sepanjang mengetuainya selama kira-kira 20 bulan, antaranya dasar inklusif untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK), warga B40, anak-anak tiada dokumen, inisiatif pengurangan beban guru, bacaan Auku di Parlimen serta penyiapan hampir 90 peratus projek sekolah daif yang siap lebih awal.

Pada masa sama, beliau berkata dirinya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan antaranya melibatkan isu tulisan Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

Sebaik pengumuman itu, satu petisyen atas talian dimulakan untuk menggesa beliau dikekalkan yang setakat ini telah mengumpul lebih 340,000 tandatangan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri semalam, Dr Mahathir berkata pengganti MaszIee akan diumumkan sedikit masa lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : MALAYSIA KINI

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*