Ini Reaksi Pengasas Moon Cake Selepas Diftnah Kahwin Suami Kawan Baik Di Thailand

Sebelum ini, media sosial kecoh apabila seorang ibu kepada tiga anak mendakwa suaminya dirampas usahawan kuih bakul berstatus halal di Kemaman yang terkenal dengan panggilan Yaya itu.

Menerusi akaun FB bernama Hanna Baa, wanita itu mendakwa Yaya yang dianggap seperti adiknya sendiri bercinta seterusnya berkahwin secara senyap dengan suaminya di Thailand pada 6 Januari lalu.

Kenyataan dimuat naik pada 9 pagi di FB itu tular dan perbualan hangat netizen sehingga mendapat 34,000 tanda suka, 26,000 komen dan 39,000 perkongsian sehingga 4 petang.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas daripada Hanna Bae menerusi FB gagal.

Berikutan tuduhan yang dilemparkan oleh kawan baik di laman media sosial mengatakan Yaya telah berkahwin dengan suaminya di Thailand, Yaya telah memberikan respon.

Yaya berkata, dia tidak ingin mengulas lanjut mengenai fitnah dilemparkan terhadapnya dan berharap kebenaran di sebalik semua dakwaan itu akan terjawab kelak.

“ Tiada alasan untuk saya berkahwin di Thailand seperti didakwa kerana ayah iaitu wali sah dan ibu sentiasa bersama saya 24 jam. Saya tidak boleh memandu dan jika ke mana-mana mesti bersama ayah.

“ SAYA tidak pernah berkahwin dengan sesiapa dan semua dakwaan dibuat di Facebook (FB) itu adalah fitnah,” kata Haziqah Nurul Huda Harun, ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Haziqah Nurul Huda atau lebih mesra dipanggil Yaya, 23, berkata, dia reda dengan ujian besar diberikan Allah SWT dan menganggap semuanya mempunyai hikmah.

Menurut Yaya, dia tidak teragak-agak untuk menyaman individu terbabit sekiranya berterusan memburukkan nama baiknya.

“ Saya reda dengan ujian Allah. Allah ada bersama saya. Insya-Allah, Allah permudahkan segala urusan saya hendaknya.

“ Pada 6 Januari 2020 yang didakwa kononnya tarikh perkahwinan saya bersama lelaki itu di Thailand, ia tidak benar kerana pada hari itu saya sekeluarga berada di Kuantan kerana anak saudara dimasukkan ke hospital,” katanya.

“ Terserah kepada netizen jika berterusan ingin menghukum dan mengecam saya kerana fitnah itu. Saya yakin berada di pihak yang benar.

“ Cukup sekadar mereka tahu, saya masih bujang dan tidak bercinta dengan sesiapa, jauh sekali berkahwin dengan suami orang.

“ Selain perniagaan dijalankan, saya hanya mempunyai ibu dan ayah serta keluarga. Rezeki bukan datang daripada perniagaan, ia daripada Allah,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber:Hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*