‘Saya Dah Minta Izin Untuk Kahwin Yaya Tetapi…’ – Suami Hanna Akhirnya Buka MuIut Dan JeIaskan HaI Sebenar

Baru-baru ini tular kisah seorang wanita yang mendakwa suaminya mengahwini teman baik sendiri ketika mereka bertemu di program keusahawanan.

Lantaran itu, suami wanita yang dikenali dengan nama Hanna itu tampil membuat kenyataan di laman Facebook miliknya dengan nama Baa Azhar. Dia menafikan kenyataan yang mendakwa dia menceraikan isterinya untuk mengahwini rakan isterinya, Yaya.

” Untuk makluman, saya dan juga isteri (Suhana Hamzah atau Hanna) masih sah dalam ikatan sebagai suami dan isteri dan bagi kenyataan berkaitan percraian kami, itu adalah tidak benar”

Demikian penjelasan Mahyudin Noral Azhar, 35, atau turut dikenali sebagai Baa, menerusi hantaran di Facebook (FB) miliknya.

Mahyudin adalah suami kepada Suhana Hamzah, 34, wanita yang mendakwa Haziqah Nurul Huda Harun, 23, atau lebih dikenali Yaya, bercinta dengan suaminya di media sosial.

Sebagai maklum balas terhadap hantaran isterinya yang dikenali sebagai Hanna Baa di media sosial itu, Mahyudin ketika dihubungi wartawan mengakui berkawan rapat dengan Yaya dan mahu memperisterikannya, namun tidak dipersetujui Suhana.

Menerusi hantaran di FB miliknya itu, Mahyudin mengakui selesa melihat keikhlasan Yaya yang banyak membantu menaikkan perniagaannya menyebabkan dia berhasrat mengahwini pengusaha kuih bakul itu.

” Saya mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau (Yaya) atas sebab memperlihatkan keakraban di antara mereka berdua yang sangat rapat,”

Kenal Yaya beberapa tahun lepas

” Saya akui setelah mengenali beliau (Yaya) beberapa tahun lepas bagi mengendalikan perniagaan bersama. Setelah beberapa lama mengenali beliau, saya mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau.

” Saya telah meminta keizinan beliau (isteri) untuk memperisterikan Yaya dan atas dasar beberapa sebab yang berlaku, termasuklah hasvtan orang sekeliling, beliau tidak membenarkan kami untuk disatukan.

” Oleh demikian saya juga tidak melakukan sebarang perkahwinan seperti yang diviralkan (ditularkan),” katanya dalam hantaran itu.

Mahyudin berkata, dia dan Suhana masih suami isteri, justeru kenyataan yang dikeluarkan berkaitan percraiannya juga tidak benar.

” Untuk makluman, saya dan juga isteri masih sah dalam ikatan sebagai suami isteri. Bagi kenyataan berkaitan percraian kami, itu adalah tidak benar.

Image result for yaya

” Sebagai suami, tanggungjawab saya terhadap beliau sama sekali tidak pernah diabaikan sama juga terhadap anak.

” Bagi isu saya memuk0l atau mengabaikan beliau (isteri) adalah tidak benar sama sekali, saya masih melayan beliau sama. Saya tidak mengabaikan mana-mana tanggungjawab dari segi zahir dan b4tin.

” Saya masih menyayangi beliau dan tidak terlintas untuk melepaskan beliau seperti mana yang diviralkan,” katanya.

Menurutnya, dia sudah tidak aktif di FB sejak tiga bulan lalu, namun kerana terlalu banyak pertanyaan mengenai isu yang ditularkan, dia terpaksa membuat hantaran itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

” Saya mohon netizen (warganet) berhenti dan tidak lagi memperbesarkan atau masuk campur urusan kami dalam berumahtangga.

” Bagi isu yang diviralkan beberapa hari ini, saya mohon maaf atas sebarang silap faham dan tindakan mana-mana pihak yang mungkin terasa hati atau mungkin menjatuhkan imej pihak berkaitan kes tersebut,” katanya.

Media sosial semalam kecoh apabila seorang ibu kepada tiga anak mendakwa suaminya dirampas oleh usahawan kuih bakul berstatus halal di Kemaman yang terkenal dengan panggilan Yaya.

Menerusi akaun FB Hanna Baa, wanita itu mendakwa Yaya yang dianggap seperti adiknya sendiri bercinta seterusnya berkahwin secara senyap dengan suaminya di Thailand pada 6 Januari, baru-baru ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber:Hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*