Memang Tak Sangka Bila Peniaga Bundle Ini Jumpa Rezeki Terpijak Dengan Modal RM100 Dapat Pulangan RM20Ribu Dalam Guni Bundle

TUMPAT: Seorang peniaga menemui wang tunai 550,000 yen (RM20,755.84) dalam pakaian terpakai ketika membuka guni ‘bundle’ di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, kelmarin.

Penjual berkenaan, Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, berkata dia membeli dua guni bundle di sebuah gudang di Wakaf Bharu pada Sabtu lalu dengan harga masing-masing RM50 dan membawanya pulang ke kedai.

“Saya membuka guni berkenaan untuk disimpan memandangkan saya akan membuka kedai ‘bundle’ dalam masa terdekat dan menemui beg duit warna hitam di dalam kot.

“Saya terkejut melihat wang tunai yang terlalu banyak dan membuat kiraan sebelum mengambil gambar dan memuat naik di laman Facebook jam 9.20 malam kelmarin,” katanya ketika ditemui di Wakaf Bharu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Mohamad Adam berkata, penemuan wang itu adalah rezeki untuknya selepas membeli lebih 10 guni ‘bundle’ sejak sebulan lalu.

Katanya, dia juga tidak menemui identiti pemilik wang itu dan hanya satu beg duit bersama satu kot.

“Sejak memuat naik di Facebook pelbagai reaksi yang diterima apabila orang ramai mahu membeli beg duit dan kot berkenaan. Namun, saya tidak akan menjual barangan itu kerana ia adalah pembuka rezeki.

Dompet berisi wang tunai sebanyak 550,000 yen yang dijumpai oleh Wan Mohamad Adam. 

“Wang itu akan saya gunakan untuk membuat modal bagi membesarkan perniagaan bundle. Saya sudah menukar wang berkenaan sebanyak 450,000 yen (RM16,800) dan bakinya akan disimpan untuk kenangan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber Artikel: BHARIAN ONLINE

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*